Tuesday, 1 October 2013

TIPS KURUS: TIPS MINUM AIR

TIPS KURUS: 11 TIPS MINUM AIR BANYAK


Bismillah...


Have you had your shake today?


Mesti korang biasa dengar tips kurus yang mujarab adalah perlu minum banyak air. Sebenarnya begini. Cuba check warna urin kita harini. 





Haa.. kat tahap mana warna urin kita? Aku sendiri pun pernah je kekurangan air sebelum aku belajar dengan lebih jelas di Herbalife mengenai kepentingan air.. Akibatnya aku rasa mudah letih, mudah pening kepala dan bibir memang selalu kering. Aku rasa dah minum banyak dah. Rupanya tips kurus yang betul, setiap 25kg berat, kita perlu minum 1 liter air. Contoh berat 50kg, perlu minum 2 liter air sehari. Sebabnya, 73 peratus dari badan kita memerlukan cecair. Jadi kadar setiap orang minum air adalah berbeza.


Tips kurus dengan mengamalkan lebih banyak minum air adalah seperti berikut:

1) Minum segelas air sebaik bangun tidur

Kalau bangun tidur kadang2 ada orang kata mulut 'bau syurga'. Adakah patut? Cis. Haha. Ok. Sebenarnya mulut akan sangat kering. So, minum segelas air terutamanya air Herbal Aloe Concentrated adalah sangat bagus. Kalau aku lepas minum aloe ni, tak lama lepas tu yak dengan lancar. Tenang. Lega. Ewah camtu sekali.


2) Teguk dengan perlahan

Teguk air dengan elok. Tak perlu kelam kabut nak habis cepat. Dan tidaklah sekali teguk habiskan 2 liter air! oh NO! NO! Minum sikit2 ok. Terkejut badan nanti.


3) Menggunakan straw

Ni salah satu teknik minum air dengan banyak tanpa kita perasan. Boleh gitu. hehe. Analoginya begini. Kalau kita menonton wayang sambil makan pop corn, terasa macam "eh, da setengah aku makan!" Iyelah. Sebab kita makan tanpa pandang pop corn tu. Mata pandang skrin kan. Begitu juga bila minum guna straw ni. Kita sedut tanpa nampak berapa banyak air dah teguk. Sebab tu Herbalife ada botol 1 liter dan 2 liter yang cantik siap straw ni. Tips kurus yang mudah!





4) Membawa botol ke mana sahaja

Bawa lah botol yang straw ni kemana sahaja kita pergi. Alhamdulillah si kecik Balqis pun suka minum air masak. Ada botol Minnie Mouse siap straw taw. Mudah. Mungkin dia pun belajar dari kami juga. Asyik minum air masak guna botol kan. Dia pun nak jugak. Alhamdulillah.

Jika kat rumah, aku akan letak je botol air kat ruang tamu. Sambil tengok televisyen ke, facebook ke, boleh sambil sedut. Sllllrrrpppp!


5)  Minum segelas air sebelum makan

Agak2 lagi setengah jam nak makan, apa kata teguk segelas air masak dulu. Secara tak langsung, pengambilan makanan kita pun akan berkurang!


6) Minum air selepas ke tandas

Yang ni memang aku buat dari dulu. Automatik akan rasa macam haus je bila lepas ke toilet tu. Automatik rasa kena refill balik apa aku dah buang tadi. hehe.


7) Letak botol air di katil 

Yang ni masa kecil auntie aku dah ajar. Kalau terjaga malam rasa nak minum air, haaa...sedut jelah.


8) Letak lemon 

Kalau yang sangat tak suka air kosong atau belum pandai nak minum lebih segelas tu, apa kata letak sikit hirisan lemon dalam air masak tadi. Kasi rasa masam2 sikit kan. Atau aku cadangkan, letak sikit teamix Herbalife. Atau pun NW formula Herbalife. Fuh! Sedap terangkat!! Pasti!


9) Sikit sikit kemudian bertambah

Maksudnya, kalau kita perlu 4 liter sehari.. mulakan dengan harini 2 liter. Esok 2.5 liter. Lusa 3 liter dan seterusnya sehingga ke 4 liter!


10) Letak sasaran, cabar diri!

Jika perlu minum 3 liter sehari, letak sasaran. Pagi 1 liter, petang 1 liter dan malam baki 1 liter lagi. Simple! Kata nak kurus kan, kena lah commit sikit! Tips kurus mudah sangat dah ni. Minum air ikut keperluan badan je. Set kat minda kita sekali.
"AKU BOLEH MINUM AIR 3 LITER!"


11) Jadikan tabiat

Sekarang memang dah terbiasa minum air minima 2 liter sehari. Lagilah aku direct breastfeed. Tiap kali sebelum dan selepas breasfeed mesti minum air balik. Bila dah jadi tabiat ni, tak rasa pun macam dipaksa malah enjoy melakukannya! yeay!



So, cukup ini dulu tips kurus bagi entry ini.
 Rasa nak personal coach dan lagi tips kurus dengan sihat, boleh hubungi kami. Kami sedia membantu anda! 










3 comments:

Izan@is said...

Terima kasih kongsi tip minum air..minta share kat blog ye ;)

nad said...

nak ikut tips ini jugaklah..terima kasih ye..

http://sayangvitamin.blogspot.com/

nini said...

insyaAllah setakat ni minum air not a big prob for me....cuma kalau g jalan2 tu ada prkb sikit..hihi