Saturday, 30 November 2013

REVIEW: an american girl mckenna shoots for the stars

REVIEW: An American Girl: mckenna shoots for the stars


bismillah...


Have you had your shake today?


Salah satu jenis movie atau cerita yang aku suka adalah yang berkaitan dengan 'semangat'. Incik suami pula suka cerita perang-perang. Perang yang dia suka ni lebih kepada cerita-cerita sejarah. Perang dunia ke. Hmm.. aku bab sejarah ni memang lemah. Tu yang sejarah dapat B je. -..-'


Semangat yang aku maksudkan, bila aku layan cerita tu.. aku sendiri rasa berkobar-kobar. Kadang-kadang sebak. Kadang-kadang nangis sikit. eh? 


Contohnya cerita An American Girl: Mckenna Shoots For the Stars. Sempat layan kejap-kejap kat HBO tadi. Sekarang jarang sangat dapat layan satu movie tu fokus sampai habis. Tapi keja-kejap layan pun cerita ni cam best gila bagi aku. hehe







Macam cerita budak-budak je kan? Tapi banyak kot aku dapat dari cerita ni. Aku tak sempat tengok yang memula. So aku kongsi apa yang aku dapat jelah ye.


Cerita ni mengenai McKenna yang join gimnastik. Tapi kemalangan. Masa aku tengok tu kaki dia dah bersimen. 


Apa aku dapat?





1) Mak dia berhenti dari kerja bank. Buka Coffee Shop. Mak dia rasa mampu nak jaga kedai, masak untuk anak-anak, jaga famili lah kiranya tapi sebenarnya mak dia rasa benda ni sangat mencabar. Sampailah nenek McKenna ni datang dan bagi pertolongan. Barulah mak dia ni lega sikit. Tapi sebenarnya mak Mckenna ni sangat malu nak terima pertolongan tu. Sebab rasa boleh buat semua sendiri. Rupa-rupanya tidak. 


Moral: Tak semua perkara kita mampu lakukan sendiri. Kadang-kala pertolongan dari seseorang itu sangat membantu. 


Kalau dikaitkan dengan proses turun atau naik berat, buat sendiri adakalanya sangat mencabar dan sukar. Tak salah kiranya kita memberi ruang untuk seseorang beri kita support, iaitu COACH. =)


2) Masa kaki McKenna bersimen, dia pergi berkelah dengan famili dan mengajak Jossie, tutor dia join sekali. Jossie OKU. Naik Wheelchair je. Tak menolak pun ajakan untuk berkelah bersama sedangkan perkara itu agak sukar bagi Jossie. Kemudian ayah McKenna beri satu lagi kerusi roda untuk McKenna. So, McKenna dan Jossie sengaja berlumba kerusi roda sehingga ke air terjun. And guess what? Jossie menang! Tips Jossie menang, selalu berlatih! =) Tapi yang tak bestnya, walaupun Jossie sampai dulu, dia tak dapat pun lihat lebih dekat air terjun tu sebab tak mampu berdiri, sedangkan McKenna dapat lihat lebih jelas air terjun tu. *sedih*


Moral: Adakala kita merasa kita lagi susah, sedangkan ada lagi yang lebih susah. Setiap orang menghadapi cabaran yang berbeza, Tuhan duga kita mengikut kemampuan kita. Letak diri kita dalam situasi seseorang, selami, dan kita akan faham setiap orang lain cabarannya. 


3) Disebabkan lama kaki McKenna bersimen, dia mula rasa tak seimbang dan takut masa atas tiang gimnastik dia. Coach McKenna cakap, McKenna dah pulih dari segi fizikal, tapi belum sepenuhnya dari segi mental. 


Moral: Setiap orang akan merasa takut akan sesuatu, namun kita kena percaya yang kita boleh melakukannya!


Anda teringin nak pakai baju size S, turun 15KG, tapi takut tak mampu melakukannya. Takut tak menjadi. Takut diketawakan. Takut diejek berdiet. Takut tak dapat makan makanan kegemaran sepuas melantak. Takut ni semua orang ada. Relaks. Percaya pada diri sendiri. YOU CAN DO IT! Persediaan mental tu sangat penting. Jaga mental, fizikal akan turut serta. ^.-






Buang takut, lebih berdisiplin, lebih memahami, McKenna akhirnya berjaya terpilih ke Olimpik. Cerita ni memang bagi semangat kat aku. Kenapa lah cerita melayu kurang memberi semangat dan lebih selalu ke anak derhaka, anak lupa mak-ayah, rebut harta, suami pukul isteri...blablabla.. Kan best kalau lebih banyak cerita yang memberi semangat..ye tak? 



Thursday, 28 November 2013

KUDAP-KUDAP: CENDOL SANTAN KELAPA SAWIT

KUDAP-KUDAP: CENDOL SANTAN KELAPA SAWIT SEDAP!


Bismillah...


Have you had your shake today?


Kelmarin sempat melayan famili mertua berjalan sekitar Nilai 3. Barang memang murah. Dulu zaman aku nak cari persiapan kahwin pun, sempat menyinggah ke sini. Banyak pilihan katakan... Kalini giliran adik ipar aku pulak sibuk dengan persiapan dia. 








Apa yang best, resepi kudap-kudap kalini yang aku nak kongsi adalah Cendol Santan Kelapa Sawit! Iyelah. Penat dan haus shopping, snacking lah sikit. hehe








Pertama kali tu rasa cendol yang berasaskan santan kelapa sawit! Not bad! sedap juga! Tak manis sangat, manis-manis buah je. Rasa dia tak pekat sangat, macam nipis-nipis. Eh. Camne tu? emm... tu yang kena rasa sendiri tu. ye tak? 








Antara kebaikan santan kelapa sawit ni:


1) Santan kelapa sawit lebih tahan lama dan bebas kolesterol

2) Menyihatkan dan menjimatkan sebab penggunaannya separuh dari santan biasa

3) Makanan yang dimasak dengan santan kelapa sawit tidak mudah basi

4) Rendah lemak *ini mesti korang suka kan?*

5) Kaya dengan vitamin A dan E yang baik untuk penglihatan

6) Melambatkan penuaan

7) Mengurangkan risiko sakit jantung

8) Biasanya lepas makan bersantan biasa, kita mudah rasa mengantuk kan? haa..tapi tak dengan santan kelapa sawit! Boleh cuba! hmm..kalau rasa ngantuk jugak, apakata lepas makan tu pekena teamix lemon Herbalife. Sure tak ngantuk! Kalau ngantuk juga, pekena  NRG tea. Ini confirm tak ngantuk terus! Untuk stay up atau driving jauh atau tengahari tu kan, minum lah NRG tea ye! 







Tak sempat aku nak habiskan makan, Balqis dah mengamuk ngantuk. Tu pun mata dah sepoi-sepoi bahasa je. Apalagi, bungkus jela cendol aku tu. hehe


So korang yang jalan-jalan Nilai 3 boleh singgah gerai ni k! ^.-







Monday, 25 November 2013

CHEATING DAY: KITA BAKOR AJE!

CHEATING DAY: KITA BAKOR AJE BBQ!


Bismillah...


Have you had your shake today?



Sabtu lepas Top Leaders group Yana Iman bersantai sambil membakar dan membela. Membakar ayam. Maka, tidak sengaja membela sedikit lemak. eh?






Masak-masak semua sendiri je. Rupa-rupanya nak buat Garlic Bread tu senang je ye. Ceh. Memang selalu buatlah kat rumah tak payah tunggu makan kat Pizza Hut camni.






Handal dorang ni memasak. Kalah ibu anak satu ni. Bahaha. -.-'





Kasi ootd sikit. ^..-
Rancak berjalan. Almaklumla baru dapat kaki katakan.





Sotong bakar pun ada.






Membakar dan terbakar!






Tudia dah nak masak!







Ada cheesy wedges, carbonara, nasi goreng, sosej bakar, aiskrim potong, buah-buahan, puding custard... aih. Macam-macam ada.


Lepas solat, mula makan. Berhenti kejap main games.




Antara games kitaorang main adalah radio buruk -- ini serius kelakar. Orang pertama je dah tak mampu nak hafal ayat yang diberi, lagilah nak sampaikan kat orang yang kemudian. Yang hujung tu last-last ayat ntah hape-hape. Jauh dari ayat asal. -..-'


Belon air pun main. Basah laaa baju kan. Tapi enjoy!




Sangat best. Thank you Yana Iman!
^.-


KUDAP-KUDAP: PISANG

KUDAP-KUDAP: PISANG


Bismillah...


Have you had your shake today?


Menu kudap-kudap atau snacking aku harini adalah pisang! Serius peminat pisang dari kecik. Dari pisang makan gitu je, pisang goreng, pisang bakar.. haa pisang salai je aku tak suka. Pisang salai ni dulu selalu ibu aku beli kat Air Hitam, Johor. Kat situ kan terkenal dengan tempat membeli-belah cenderahati, pasu, patung, buah-buah dan kiranya mak-mak memang suka membiarkan mata meliar kat situ. 








Bagi yang nak turun banyak tu.. lebih-lebih lagi yang lebih 10kg, aku sarankan pisang ni kalau suka sangat pun, cuba berkawal. Sebiji ke 2 biji sekali makan. Itupun seminggu 2-3 kali cukup. Tapi jika anda ada diabetes atau kencing manis, silalah tidak memakan pisang atau kurang-kurangkan. Gula dalam pisang ni tinggi. Pisang saiz sedang (panjang 18-20cm), kadar gula dah 14.43g. Kalori pula 105. Hmm.. biasanya bagi wanita, kalori yang mampu dibakar pun tak banyak. Sekitar 1200 kalori. 


Haa..jadi jangan sia-siakan kalori anda hanya dengan kudap-kudap pisang! -.^




Lebih sihat dengan ada jurulatih kesihatan PERCUMA?
Hubungi kami! =)


Thursday, 21 November 2013

TIPS KURUS 5: TIMBANG BERAT?

TIPS KURUS 5: TIMBANG BERAT dah turun ke naik?


bismillah...


Have you had your shake today?




--Si Tanita a.k.a teman tapi mesraku--



Dah dalam proses diet tapi...
Selalu timbang berat tetap tak turun? Sama juga macam sebelum ni? 



Ish. Stressla.. -.-'


Haa.. jaga-jaga.. bila timbul rasa stress semasa kita dalam proses turun atau naik berat, maka lagi sukar kita nak mencapai berat atau KG yang dingini. 


Timbang berat anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bukan setiap hari tau!


Relaks. Tenang. Happy kan hati dan diri korang. 
Tapi happy pun jangan terlebih makan pula tau. For sure nanti timbang berat akan makin naik pula! =) Dah susah.


Dan lebih mudah jika korang ada tukang pantau. Atau lebih dikenali dengan nama manja "Coach". 
Ehem. Kalau tiada, boleh lantik kami sekarang!
FREE aje! =)


--Boleh isi form di atas tu ye untuk pemantauan dan meal tips berkesan dari kami--

Wednesday, 20 November 2013

Villa Nabila: Berhantu ke Menghantui?

VILLA NABILA: BerMomok! Nak juga...


Bismillah... 


Have you had your shake today?


Mentang-mentang orang Johor.. nak juga aku kecoh pasal Villa Nabila ni. haha. Memula cerita macam seram je kan. Kehilangan budak disorok momok. Siap ramai datang Villa Nabila ni nak tengok secara dekat. Famous terus!


Rupa-rupanya jumpa kat rumah girlfriend. Allah. -.-'


Hamek.. Meriah satu Malaysia. Dan macam-macam idea kreatif terus keluar pasal isu ni. Kat Facebook memang berlambak ceritanya. Ni antaranya: 






Asal tengok je aku tergelak. Kesian geng momok dipersalahkan. Serius kelakar! Takpelah. At least Villa Nabila dah bagi naik sikit saham kasi famous Johor Bahru! haha.


Kesimpulannya, haa.. selidik bebetul dulu sebelum tuduh menuduh. Tak kisah apa pun situasi. Ecewah. Tapi kes Villa Nabila ni saja nak kasi heboh ni. haha. Gurauan seMalaysia gitu.
err.. -..-'





Tuesday, 19 November 2013

TEMPAT SESUAI MENYUSU DI SHOPPING COMPLEX

TEMPAT SESUAI MENYUSU DI SHOPPING COMPLEX: Subang Parade 


Bismillah...


Have you had your shake today?


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak secara direct breastfeeding mesti sangat gembira bila disediakan tempat menyusu yang selesa terutama di kompleks membeli-belah. Setakat ini yang aku pernah jumpa adalah di Jaya Jusco dan IKEA. Dan terbaru yang aku jumpa adalah di Subang Parade. Terbaru bagi aku tapi tempat ni mesti dah agak lama jugak kan? heheh.


Selesai appointment, biasalah si kecik minta susu. Dan kami cari surau dulu secara tak sengaja terjumpa Mother's Room berdepan dengan surau. Bagi aku, tempat menyusu ini memang eksklusif, selesa, cantik, bersih dan menarik!








Pintu pink gitu!






Button cantik! Bila tekan baru pintu terbuka!







Ada mini playground.








Sit like a boss. Terbentang tangan. Kemain!
Dalam tu ada lagi bilik-bilik kecil siap kerusi. Lebih privacy kiranya.







Ok Bai. Balqis dah siap nyusu! Burp.



So, ibu-ibu menyusu bolehlah senang hati riang gembira shopping kat Subang Parade ni tanpa risau kat mana nak susukan anak korang. Tempat menyusu sini serius best!


oh ye. Sesiapa berminat bekerja dengan anak tercinta..
you can ASK ME NOW! =)




Monday, 18 November 2013

MAKANAN SEDAP: PILIHAN MENU KOREA

MAKANAN SEDAP: MENU KOREA, PILIH APA?


bismillah...


Have you had your shake today?


Bila layan cerita korea, for sure akan meleleh air liur tengok cara diaorang makan. Makanan macam sedap je kan! Even makan maggi je pun!  Pandai betul mengekspresikan muka mereka ni. Tabik spring lah! Dan sepastinya kalau tak banyak, sikit pun akan rasa timbul rasa nak makan makanan mereka. Apa yang macam sedap sangat tu? Macam best je..macam nak cuba je.. haha


Jadi, pertama kali aku cuba makanan korea dan aku tak reti nak order! Iyelah.. Memang tak tahu kan. Blur.  So, sepupu aku tolong order kan ini. Dia ni memang hantu Korea. haha. Boleh tahan jugak tengok dancing Korean ni eh. eh! Dah sikit terpengaruh pulak dengan sepupu aku ni. eh! -..-' 






Tu dia.. Ttbuoki dan Bibimbap set. Ttbuoki tu rice cake. Sedap! Yang Bibimbap set pulak adalah nasi yang ada banyak sayur-mayur. Atas sekali ada telur. Menurut Fifie, orang Korea memang suka sangat makan telur. Oh gitu rupanya. Dan ada sup dia sekali. Sup tu macam rasa blend cili kering, letak garam dan gula. Haa... kalau orang Melayu akan kata.."macam tak cukup bahan ni". haha. Almaklumlah tiada bawang segala. Tapi rasanya tetap ok. Ada kimchi dalam tu. Masam-masam rasanya. Not bad!


Ok. Nak cuba makanan sedap korea tapi macam aku, tak tahu nak pilih menu apa..boleh la cuba order yang aku makan ni ye. Yang ni aku makan kat food court KLCC level 4 tu je. =)


ok bai. Jumpa lagi!



p/s: Promosi bulan ini masih berjalan. Boleh terus ke link ---> pakej-harga-herbalife-menarik-NOVEMBER



Tuesday, 12 November 2013

TIPS KURUS 3: LETAK SASARAN NAK KURUS!

TIPS KURUS 3: Letak Sasaran Nak Kurus Dengan Jelas!


bismillah...


Have you had your shake today?


Tips kurus harini..apakata kita buat sasaran dengan jelas, contoh :


Senaraikan 5 sebab untuk turun berat dan nak kurus!



Ini contoh je. Senaraikan sampai 5 taw!


haa.. kemudian boleh lah tampal kat peti sejuk ke.. kat white board ke.. tak kisah mana-mana asalkan kita nampak dengan JELAS target kita tu.


Jadi, apalagi.. jom amik kertas dan pen! Senaraikan 5 jeee sebab nak kurus! Barulah kita ni benar-benar serius dengan apa yang kita NAK!


ok. Bila dah siap senaraikan, nanti boleh hubungi kami bagi yang belum ada coach tu ye. 


Whatsapp je dan cakap saya nak kurus!
Maka, dengan berbesar hati kami bersedia membantu anda.
Kami ada caranya! wee~


mimie: 016-2200583
farid: 016-2200593




Thursday, 7 November 2013

HARI JADI: Anakku Yang Setahun

HARI JADI: BALQIS DAH SETAHUN!


Bismillah...


Have you had your shake today?


Ahamdulillah.. Selamat hari jadi dan selamat berumur setahun wahai gula-gula hati ibu dan ayah, Balqis! Ibu dan ayah doakan Balqis jadi anak yang solehah tau! *sekarang masih confuse nak sebut ibu-ayah sebab dia asyik panggil kami mummy-baba. err.. perlu ke tukar panggilan sebab ikut anak ea? oh very the confuse dan tak tahu! haha*


Alhamdulillah... dah setahun juga aku berjaya fully breastfeed Balqis walaupun banyak cabarannya. Doakan aku kuat sampailah usia Balqis 2 tahun. Alhamdulillah pilihan bekerja dengan anak ni banyak bawa manfaat kat aku dan Balqis. Sekurang-kurangnya aku tak risau bila orang jaga dengan tak sepenuh hati ini. Sesuka hati nak mendera anak orang kan. Ma shaa Allah. Mintak dijauhkan dari kita semua. Amin.


Semalam tak sempat potong kek tapi kami sempat bawa Balqis jalan-jalan ke Putrajaya lepas jumpa customer. 





Kami ke Pameran dari Andalusia ke Putrajaya! memang menarik!





Cerita kat Balqis tentang kehebatan tokoh-tokoh islam. Kemaen dia excited tau! 






Ada sesi soal jawab dengan ustaz dan uztazah dari TV Al-Hijrah. Siapa dapat jawab..haaa dapat hadiah!






Banyak butik muslimah yang ada termasuklah Munawarah! Ada sale sampai  50%! Kawan-kawan Herbalife mesti suka ni! hehe. Tudung munawarah memang best sangat, selesa even size aku pakai tu besar. *tudung pertama aku yang betul-betul tutup aurat, alhamdulillah* . Balqis pun memang suke je duduk dalam tudung Munawwarah sambil nyusu. 

Go get it kawan-kawan! 






Terasa tertarik-tarik aku nak pergi sini rupanya ada peninggalan Ratu Balqis! Huish.. Iyelah. Mana tak teruja, sebab memang dari aku mengandung dulu, macam rasa suka sangat kat kisah ratu Balqis. Masa nak sahur masa bulan ramadhan, haa... sempat layan kisah Ratu Balqis kat Jejak Rasul tau. Dan nama Balqis pun aku pilih sebab suka dengan sifat ratu Balqis yang pandai, berkepimpinan, cantik dan paling penting, TAK SOMBONG dengan ALLAH. 

So, memang seronok lah dapat cerita kat Balqis tentang Ratu Balqis! 






Cop mohor Ratu Balqis pun ada! 







Dan ini cop mohor suami Ratu Balqis. Masa sedang kami teruja tengok khazanah ni, tetiba ada seorang lelaki menyapa kami dan terus bercerita yang cop mohor ni ada menyerupai buddha! Woo.. katanya, Buddha ni dikatakan suka bertafakur dan mengukir. Menariknya, cerita ini mirip Nabi Sulaiman a.s yang suka bertafakur. Apapun, korang boleh cuba tengok kat Youtube dan search "borobodur dan nabi sulaiman".  Ini sekadar berkongsi ye kawan-kawan. Betul atau tidak, kita fikir sendiri. Kita gali sendiri ye. 






Ini semasa aku ke Candi Borobodur dulu masa zaman universiti. Ohoi Nad, jelita kau masa ni. Sekarang anak nak masuk 2 orang dah kawan aku yang tengah tu. Cepat sangat masa berlalu.





hmmm.. Memang tak sangka kalau betul ianya ada kaitan dengan Nabi Sulaiman A.S. Dekat setiap ceruk bucu candi ni penuh dengan ukiran penceritaan kisah-kisah sejarah. 






Kepala buddha siap hilang. Katanya ada yang curi simpan kat rumah. Bawak petanda baik lebih kurang camtu la... 


Seronok berjalan, seronok timba ilmu. Tak sabar lagi nak berjalan-jalan lagi. Doakan kami qualify ke Bali ye! Walaupun dah pernah pergi masa honeymoon, tapi pergi dengan Herbalife fully paid ini lain. Benda FREE lah katakan. Doakan tau kami berjaya! *tetiba lak eh, hehe*




Balqis, Happy Birthday! 
We love you!
Jadi anak yang solehah tau!

Doakan kami berjaya mendidik Balqis berlandaskan Islam dengan elok. amin.