Thursday, 7 November 2013

HARI JADI: Anakku Yang Setahun

HARI JADI: BALQIS DAH SETAHUN!


Bismillah...


Have you had your shake today?


Ahamdulillah.. Selamat hari jadi dan selamat berumur setahun wahai gula-gula hati ibu dan ayah, Balqis! Ibu dan ayah doakan Balqis jadi anak yang solehah tau! *sekarang masih confuse nak sebut ibu-ayah sebab dia asyik panggil kami mummy-baba. err.. perlu ke tukar panggilan sebab ikut anak ea? oh very the confuse dan tak tahu! haha*


Alhamdulillah... dah setahun juga aku berjaya fully breastfeed Balqis walaupun banyak cabarannya. Doakan aku kuat sampailah usia Balqis 2 tahun. Alhamdulillah pilihan bekerja dengan anak ni banyak bawa manfaat kat aku dan Balqis. Sekurang-kurangnya aku tak risau bila orang jaga dengan tak sepenuh hati ini. Sesuka hati nak mendera anak orang kan. Ma shaa Allah. Mintak dijauhkan dari kita semua. Amin.


Semalam tak sempat potong kek tapi kami sempat bawa Balqis jalan-jalan ke Putrajaya lepas jumpa customer. 





Kami ke Pameran dari Andalusia ke Putrajaya! memang menarik!





Cerita kat Balqis tentang kehebatan tokoh-tokoh islam. Kemaen dia excited tau! 






Ada sesi soal jawab dengan ustaz dan uztazah dari TV Al-Hijrah. Siapa dapat jawab..haaa dapat hadiah!






Banyak butik muslimah yang ada termasuklah Munawarah! Ada sale sampai  50%! Kawan-kawan Herbalife mesti suka ni! hehe. Tudung munawarah memang best sangat, selesa even size aku pakai tu besar. *tudung pertama aku yang betul-betul tutup aurat, alhamdulillah* . Balqis pun memang suke je duduk dalam tudung Munawwarah sambil nyusu. 

Go get it kawan-kawan! 






Terasa tertarik-tarik aku nak pergi sini rupanya ada peninggalan Ratu Balqis! Huish.. Iyelah. Mana tak teruja, sebab memang dari aku mengandung dulu, macam rasa suka sangat kat kisah ratu Balqis. Masa nak sahur masa bulan ramadhan, haa... sempat layan kisah Ratu Balqis kat Jejak Rasul tau. Dan nama Balqis pun aku pilih sebab suka dengan sifat ratu Balqis yang pandai, berkepimpinan, cantik dan paling penting, TAK SOMBONG dengan ALLAH. 

So, memang seronok lah dapat cerita kat Balqis tentang Ratu Balqis! 






Cop mohor Ratu Balqis pun ada! 







Dan ini cop mohor suami Ratu Balqis. Masa sedang kami teruja tengok khazanah ni, tetiba ada seorang lelaki menyapa kami dan terus bercerita yang cop mohor ni ada menyerupai buddha! Woo.. katanya, Buddha ni dikatakan suka bertafakur dan mengukir. Menariknya, cerita ini mirip Nabi Sulaiman a.s yang suka bertafakur. Apapun, korang boleh cuba tengok kat Youtube dan search "borobodur dan nabi sulaiman".  Ini sekadar berkongsi ye kawan-kawan. Betul atau tidak, kita fikir sendiri. Kita gali sendiri ye. 






Ini semasa aku ke Candi Borobodur dulu masa zaman universiti. Ohoi Nad, jelita kau masa ni. Sekarang anak nak masuk 2 orang dah kawan aku yang tengah tu. Cepat sangat masa berlalu.





hmmm.. Memang tak sangka kalau betul ianya ada kaitan dengan Nabi Sulaiman A.S. Dekat setiap ceruk bucu candi ni penuh dengan ukiran penceritaan kisah-kisah sejarah. 






Kepala buddha siap hilang. Katanya ada yang curi simpan kat rumah. Bawak petanda baik lebih kurang camtu la... 


Seronok berjalan, seronok timba ilmu. Tak sabar lagi nak berjalan-jalan lagi. Doakan kami qualify ke Bali ye! Walaupun dah pernah pergi masa honeymoon, tapi pergi dengan Herbalife fully paid ini lain. Benda FREE lah katakan. Doakan tau kami berjaya! *tetiba lak eh, hehe*




Balqis, Happy Birthday! 
We love you!
Jadi anak yang solehah tau!

Doakan kami berjaya mendidik Balqis berlandaskan Islam dengan elok. amin.




No comments: