Thursday, 28 November 2013

KUDAP-KUDAP: CENDOL SANTAN KELAPA SAWIT

KUDAP-KUDAP: CENDOL SANTAN KELAPA SAWIT SEDAP!


Bismillah...


Have you had your shake today?


Kelmarin sempat melayan famili mertua berjalan sekitar Nilai 3. Barang memang murah. Dulu zaman aku nak cari persiapan kahwin pun, sempat menyinggah ke sini. Banyak pilihan katakan... Kalini giliran adik ipar aku pulak sibuk dengan persiapan dia. 








Apa yang best, resepi kudap-kudap kalini yang aku nak kongsi adalah Cendol Santan Kelapa Sawit! Iyelah. Penat dan haus shopping, snacking lah sikit. hehe








Pertama kali tu rasa cendol yang berasaskan santan kelapa sawit! Not bad! sedap juga! Tak manis sangat, manis-manis buah je. Rasa dia tak pekat sangat, macam nipis-nipis. Eh. Camne tu? emm... tu yang kena rasa sendiri tu. ye tak? 








Antara kebaikan santan kelapa sawit ni:


1) Santan kelapa sawit lebih tahan lama dan bebas kolesterol

2) Menyihatkan dan menjimatkan sebab penggunaannya separuh dari santan biasa

3) Makanan yang dimasak dengan santan kelapa sawit tidak mudah basi

4) Rendah lemak *ini mesti korang suka kan?*

5) Kaya dengan vitamin A dan E yang baik untuk penglihatan

6) Melambatkan penuaan

7) Mengurangkan risiko sakit jantung

8) Biasanya lepas makan bersantan biasa, kita mudah rasa mengantuk kan? haa..tapi tak dengan santan kelapa sawit! Boleh cuba! hmm..kalau rasa ngantuk jugak, apakata lepas makan tu pekena teamix lemon Herbalife. Sure tak ngantuk! Kalau ngantuk juga, pekena  NRG tea. Ini confirm tak ngantuk terus! Untuk stay up atau driving jauh atau tengahari tu kan, minum lah NRG tea ye! 







Tak sempat aku nak habiskan makan, Balqis dah mengamuk ngantuk. Tu pun mata dah sepoi-sepoi bahasa je. Apalagi, bungkus jela cendol aku tu. hehe


So korang yang jalan-jalan Nilai 3 boleh singgah gerai ni k! ^.-







No comments: