Monday, 18 November 2013

MAKANAN SEDAP: PILIHAN MENU KOREA

MAKANAN SEDAP: MENU KOREA, PILIH APA?


bismillah...


Have you had your shake today?


Bila layan cerita korea, for sure akan meleleh air liur tengok cara diaorang makan. Makanan macam sedap je kan! Even makan maggi je pun!  Pandai betul mengekspresikan muka mereka ni. Tabik spring lah! Dan sepastinya kalau tak banyak, sikit pun akan rasa timbul rasa nak makan makanan mereka. Apa yang macam sedap sangat tu? Macam best je..macam nak cuba je.. haha


Jadi, pertama kali aku cuba makanan korea dan aku tak reti nak order! Iyelah.. Memang tak tahu kan. Blur.  So, sepupu aku tolong order kan ini. Dia ni memang hantu Korea. haha. Boleh tahan jugak tengok dancing Korean ni eh. eh! Dah sikit terpengaruh pulak dengan sepupu aku ni. eh! -..-' 






Tu dia.. Ttbuoki dan Bibimbap set. Ttbuoki tu rice cake. Sedap! Yang Bibimbap set pulak adalah nasi yang ada banyak sayur-mayur. Atas sekali ada telur. Menurut Fifie, orang Korea memang suka sangat makan telur. Oh gitu rupanya. Dan ada sup dia sekali. Sup tu macam rasa blend cili kering, letak garam dan gula. Haa... kalau orang Melayu akan kata.."macam tak cukup bahan ni". haha. Almaklumlah tiada bawang segala. Tapi rasanya tetap ok. Ada kimchi dalam tu. Masam-masam rasanya. Not bad!


Ok. Nak cuba makanan sedap korea tapi macam aku, tak tahu nak pilih menu apa..boleh la cuba order yang aku makan ni ye. Yang ni aku makan kat food court KLCC level 4 tu je. =)


ok bai. Jumpa lagi!



p/s: Promosi bulan ini masih berjalan. Boleh terus ke link ---> pakej-harga-herbalife-menarik-NOVEMBER



No comments: