Saturday, 30 November 2013

REVIEW: an american girl mckenna shoots for the stars

REVIEW: An American Girl: mckenna shoots for the stars


bismillah...


Have you had your shake today?


Salah satu jenis movie atau cerita yang aku suka adalah yang berkaitan dengan 'semangat'. Incik suami pula suka cerita perang-perang. Perang yang dia suka ni lebih kepada cerita-cerita sejarah. Perang dunia ke. Hmm.. aku bab sejarah ni memang lemah. Tu yang sejarah dapat B je. -..-'


Semangat yang aku maksudkan, bila aku layan cerita tu.. aku sendiri rasa berkobar-kobar. Kadang-kadang sebak. Kadang-kadang nangis sikit. eh? 


Contohnya cerita An American Girl: Mckenna Shoots For the Stars. Sempat layan kejap-kejap kat HBO tadi. Sekarang jarang sangat dapat layan satu movie tu fokus sampai habis. Tapi keja-kejap layan pun cerita ni cam best gila bagi aku. hehe







Macam cerita budak-budak je kan? Tapi banyak kot aku dapat dari cerita ni. Aku tak sempat tengok yang memula. So aku kongsi apa yang aku dapat jelah ye.


Cerita ni mengenai McKenna yang join gimnastik. Tapi kemalangan. Masa aku tengok tu kaki dia dah bersimen. 


Apa aku dapat?





1) Mak dia berhenti dari kerja bank. Buka Coffee Shop. Mak dia rasa mampu nak jaga kedai, masak untuk anak-anak, jaga famili lah kiranya tapi sebenarnya mak dia rasa benda ni sangat mencabar. Sampailah nenek McKenna ni datang dan bagi pertolongan. Barulah mak dia ni lega sikit. Tapi sebenarnya mak Mckenna ni sangat malu nak terima pertolongan tu. Sebab rasa boleh buat semua sendiri. Rupa-rupanya tidak. 


Moral: Tak semua perkara kita mampu lakukan sendiri. Kadang-kala pertolongan dari seseorang itu sangat membantu. 


Kalau dikaitkan dengan proses turun atau naik berat, buat sendiri adakalanya sangat mencabar dan sukar. Tak salah kiranya kita memberi ruang untuk seseorang beri kita support, iaitu COACH. =)


2) Masa kaki McKenna bersimen, dia pergi berkelah dengan famili dan mengajak Jossie, tutor dia join sekali. Jossie OKU. Naik Wheelchair je. Tak menolak pun ajakan untuk berkelah bersama sedangkan perkara itu agak sukar bagi Jossie. Kemudian ayah McKenna beri satu lagi kerusi roda untuk McKenna. So, McKenna dan Jossie sengaja berlumba kerusi roda sehingga ke air terjun. And guess what? Jossie menang! Tips Jossie menang, selalu berlatih! =) Tapi yang tak bestnya, walaupun Jossie sampai dulu, dia tak dapat pun lihat lebih dekat air terjun tu sebab tak mampu berdiri, sedangkan McKenna dapat lihat lebih jelas air terjun tu. *sedih*


Moral: Adakala kita merasa kita lagi susah, sedangkan ada lagi yang lebih susah. Setiap orang menghadapi cabaran yang berbeza, Tuhan duga kita mengikut kemampuan kita. Letak diri kita dalam situasi seseorang, selami, dan kita akan faham setiap orang lain cabarannya. 


3) Disebabkan lama kaki McKenna bersimen, dia mula rasa tak seimbang dan takut masa atas tiang gimnastik dia. Coach McKenna cakap, McKenna dah pulih dari segi fizikal, tapi belum sepenuhnya dari segi mental. 


Moral: Setiap orang akan merasa takut akan sesuatu, namun kita kena percaya yang kita boleh melakukannya!


Anda teringin nak pakai baju size S, turun 15KG, tapi takut tak mampu melakukannya. Takut tak menjadi. Takut diketawakan. Takut diejek berdiet. Takut tak dapat makan makanan kegemaran sepuas melantak. Takut ni semua orang ada. Relaks. Percaya pada diri sendiri. YOU CAN DO IT! Persediaan mental tu sangat penting. Jaga mental, fizikal akan turut serta. ^.-






Buang takut, lebih berdisiplin, lebih memahami, McKenna akhirnya berjaya terpilih ke Olimpik. Cerita ni memang bagi semangat kat aku. Kenapa lah cerita melayu kurang memberi semangat dan lebih selalu ke anak derhaka, anak lupa mak-ayah, rebut harta, suami pukul isteri...blablabla.. Kan best kalau lebih banyak cerita yang memberi semangat..ye tak? 



No comments: