Friday, 27 December 2013

Tempat best: Gunung ais yummeh!!!

bismillah...


have you had your shake today?


Gunung ais? Amboih maklumla Malaysia takde salji. Tapi gunung ais yang ini dengan bebuah segar, memang mahsyuk enak oiii!


Omnomnom!!!!





Mangga dan longan...




Kiwi dan strawberi...



Nak tunggu desert ni siap, amik masa 35 minit tau!!! Jadi, nak datang sini, pastikan kenyang dulu. Atau  perut tak benar-benar lapar. Sebab nanti boleh meroyan tunggu. -..-'


Tapi, kalau order makanan lain, tak berapa lama sangat nak tunggu. Cuma disebabkan kami datang semata-mata nak rasa desert, so kami tak order makanan lain. Cuma nak bagi Balqis leka, so order si kentang lah.



Banyak sebenarnya kentang ni. Berbaloi lah dengan harga. *suka*








Peh.. nikmat! Besar gile! Boleh makan 5-6 orang tau. Harga dalam rm35 lah. *lupa detail* Tapi memang berbaloi-baloi. Tak pernah aku puas makan kiwi, kalini puas sangat-sangat dan tak habis pun! Tapau laaaa apa lagi. heheh.




Pemandangan atas. Cewah gitu.







Dapat sekali pearl, kuah custard, susu, dan air gula merah. *kalau tak silap aku lah* hee. So boleh buat penambah rasa. Pearl dia lembut je. Memang sedap lah! Yummmmsss!






Bahagian dalam ada kacang. Ada jagung sikit. Eh memang sedappppp lah!







Haa amek. Macam roti tisu gamaknya. hehe. Yang ini berperisa mangga je aku rasa. Tak order yang ini. Lain kali pula.










Tak dilupakan. Lap mulut! -..^/



So kat mana tempat ni?







Di La Gourmet. Belakang Plaza Pelangi, Johor Bahru.


Selamat mencuba!!! Serious berbaloi sedap, berbaloi dengan harga juga.




Psst: Nak maintain berat atau turun berat tanpa mengganggu pemakanan yang sedap-sedap?
ASK ME NOW!


Monday, 23 December 2013

Laut - Pantai - Angin sejuk

bismillah...


have you had your shake today?



Cerita Sabtu lepas, puas ronda Mersing, ronda terus ke Kota Tinggi pula. Sebenarnya cari juga chalet dekat Mersing, full house sudah. So teruskan perjalanan ke Kota Tinggi la gamaknya. Nak yang tepi pantai punya pasal. heheh






Disebabkan tak banyak pilihan, kami menginap di Pelangi Balau, Tanjung Balau. 



Ombak tersangatlah kuat. Di Mersing bendera merah, kat Tanjung Balau ni bendera kuning. Kalau nak mandi memang namanya menyerah diri tu. Aku yang tak pandai berenang ni memang hanyut lah jawabnya. -..-'



Rasa melayang-layang nak habiskan berjalan kat jeti ni. Tersangat kuat si angin meniup. Cewah.


Tak mandi pantai, mandi pool jelah. hehe.



Abangnya rancak main gelongsor air, dapatlah snap Marissa je. Muka segan tapi mahu gitu. 



Dan.... baby giraffe yang sibuk main air. Kemaen letak je dalam air, kaki dia pon gerak-gerak. Macam dah terror sangat je tu. Si kecil ni memang suka air. 


Alhamdulillah. Hari yang indah. Moga berterusan.


“You will never be happy if you continue to search for what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life.”
― Albert Camus


Keropok lekor

bismillah...


have you had your shake today?


Ke mana lah cik CT Herbalife berkasut merah ni berjalan ye?


Misi mencari keropok ler. hehe. Sampai ke Mersing nunnn!


Macam-macam jenis keropok ada. naik rambang mata. @_@






Kami singgah ke Perusahaan Keropok Lekor Hj Puteh. 






Sebelah kedai terus tempat proses keropok lekor. Sangat segar gitu.





Ikan masin! Ikan masin! pilih-pilih! em.. Tak beli pun ikan ni. Tak kenal. Boleh gitu? -..-'


 ok lah. Misi mencari keropok lekor selesai!


ok bye uols!



Suka Warna Apa?

bismillah...


have you had your shake today?


“Isn't it strange that I know you'd risk your life to save mine, but I don't even know what your favorite color is?” 
― Suzanne CollinsCatching Fire




So, which one is your favourite color little Balqis?






Asal ibu bungkus product Herbalife je, selotep kejap dah hilang. Tengok-tengok kat tangan dia dah. Berangan gelang la uolsss. Ladies gitu. So semalam jalan-jalan kat Pesta Kraftangan, Angsana JB jumpa gelang manik comel. Beli satu. Kemaen suka!!! Tak rasa nak buka pun ye si anak.


Amiklah. Amiklah. Baru jejaka terpikat gitu. -..-/
Bahaha.





Friday, 20 December 2013

Bila tak mampu lari dari Kesilapan

bismillah...


Have you had your shake today?


Setiap situasi dan setiap orang yang kita jumpa membawa penyebab tertentu dalam kehidupan kita. Mungkin kehidupan kita menjadi semakin baik ataupun sebaliknya. Dan, jika menjadi buruk itu sebagai kesudahannya, adakah kita mengakui perkara itu sebagai kesilapan yang berlaku disebabkan diri sendiri, atau kita pilih kesilapan itu dengan menyalahkan situasi atau orang tertentu. *think*


Mungkin disebabkan dari kecil dah begini bila si adik menangis "ayok, tak tahu. Akak buat! Ayok!"


Dan sehinggalah ke besar, bila buat silap macam terasa suatu yang memalukan, tak dapat 10 A SPM itu memalukan, tak dapat kerja bagus itu memalukan, tak dapat gaji besar itu memalukan, tak dapat tender besar itu malu, pakai motor kapcai itu malu, dan banyak lagilah. Asal silap sikit, M.A.L.U. 


Atau, asal silap, "Bukan salah aku. Sipolan lah ni salah", "Bukan salah aku, Herbalife lah ni tak berkesan" eh? Menuding jari itu lebih mudah kan?


Maka, kita kerap berfikir kesilapan itu dengan cara yang negatif. Kesilapan itu memalukan. Kesilapan itu menakutkan. Kesilapan itu mengundang risiko. Dan bila rasa dah silap dan taknak mengaku, mudah je. Salahkan orang lain atau sesuatu yang lain. BUKAN diri sendiri.


Apakata harini kita mula fikir terbalik.


Banyak input aku dapat dari buku ni. Berbaloi-baloi. Buku ni ada law of attraction kat situasi aku sekarang yang mencari ketenangan dari kesilapan. Ecewah. -..-' Tak sabar nak habiskan!






Tahun 1986, roket Challenger, meletup sebaik sahaja dilancarkan. 7 orang astronauts mati.  Mati begitu sahaja. Kesilapan yang mengundang kegagalan. Adakah perlu malu? Tak. Kaji punya kaji sehingga 10 tahun selepas itu baru jumpa punca sebenar. 




7 astronauts yang terkorban.


 Dari kesilapanlah kita sebenarnya belajar sesuatu. Dari kesilapan kita dapat kaji balik "kenapa ye aku silap". 


Seorang anak balik dari sekolah dan berusaha tidak membuat silap. 


Si Emak: "Belajar apa harini?"
Si anak: "Takde apa-apa"
Si Emak: "Eh, takkan tak belajar apa-apa?"
Si Anak: "Tak mak.  Cikgu cakap, learn from mistakes. Saya tak buat salah pun. Jadi saya takde belajar apa-apalah."


Tapi senarionya tak ramai yang begini kan? Sebab kita banyak je buat silap. Tapi taknak mengaku. Bahaha. -.-' Aku masa kecik pun kemaen takut bila larikan moto arwah atuk. Baru belajar naik moto. Gian. Jadi nak minta izin takut kena marah. Curi ajelah. Bila kantoi, kemaen gugup, takut. Buat salah katakan. Ish ish. Tapi disebabkan tahu kena marah, tu yang buat salah. Curi. 


Bila tiba masa aku dah jadi ibu, melayan pula si kecik, Balqis. Berapa kali jatuh katil, lebam berkali-kali. Aku tak rasa nak marah, belajar dari kesilapan aku masa kecik kononnya. Jadi aku cuma terus pegang dia kuat-kuat, tiup-tiup dan tuam sikit kepala dia agar tak sakit sangat. Bisik cakap "tak boleh turun macam ni, Balqis juga yang lebam". Bila genap umur dia setahun, pandai terus turun katil sendiri tanpa jatuh. Lega aku. hmm..sedangkan yang kecik pun belajar dari kesilapan, inikan kita yang dah membesar. Jatuh berkali-kali baru pandai. Nak pandai sesuatu tu, kesilapan dululah yang muncul. Resam hidup. Biasalah.


Apa yang perlu, bila seseorang buat silap, tak perlulah kita mengejek, mengutuk dan membenci. Hormat setiap pilihan dan keputusan seseorang. Bila mereka tersilap, jika nak bertanya, bertanya dengan berhemah. Tidaklah tuan badan terasa kesal suatu macam, mengutuk diri dan sebagainya. 






Bila kita membuat kesalahan, sebenarnya itu adalah hal yang hebat. Kerana kita berkesempatan untuk belajar sesuatu. Cuma kita tidak perlu mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan. 


Apa yang penting, positif dan terus positif dalam segala perkara. Yang buat salah perlu positif, yang memandang kepada pembuat salah juga harus positif.


In shaa Allah semoga dengan kesilapan kita mengajar kita lebih kuat, lebih matang dan lebih bijak dari yang sebelum ini.  


Happy Friday uols!


Wednesday, 18 December 2013

Makanan Johor: Kacang Pool!

Makanan Johor: Kacang Pool Dicecah Roti


bismillah...


have you had your shake today?


Pernah dengar 'kacang pool' ? Makanan ini begitu terkenal di Johor Bahru. Tapi, selama 4 tahun aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, tak pernah pun makan kacang pool ni. Kelakar kan? Bila dah zaman kahwin baru sibuk nak makan itu-ini. 




Dulu aku ingat kacang pool ini sekadar kacang panggang je. Sebab itu tak rasa nak makan dan cuba pun kacang pool ni. Sekali dah cuba, peh, enak bangat!!! Roti tu setebal 2 inci lebih kurang. Dari atas, gambar ni tak berapa nampak kan kacang pool nya? Bagi yang pernah rasa, pasti tahu kesedapannya. Menjilat jari uols!! 


hmm.. Disebabkan bila kat KL aku rindu makan kacang pool ni, pernah juga cuba buat sendiri. Rasanya boleh tahan lah, tapi lagi sedap makan sendiri di Kacang Pool Haji ye kawan-kawan! Rasa dulu yang asli, baru cuba makan yang resepi aku nak bagi ni. Boleh cari Kacang Pool Haji ni Larkin dan di Angsana, Johor Bahru. 





Disebabkan kawan-kawan ada bertanya resepi, jadi, silalah mencuba. Aku pun cuba jaya je resepi ni. Tapi, sedap lagi yang asli kat kedai Kacang Pool Haji tu ye. Jangan marah kalau rasa lain sikit. Aku pun tengah cuba jaya cari resepi yang betul sama rasa macam Kacang Pool Haji. Tapi bila malas, balik je JB. Makan sini. Bahaha. -..-' 
*dah kerja sendiri, suka hatilah tentukan masa sendiri. Ye tak? dan JELOUS tak? hehe*

Bahan-bahan:


1) 1 tin kacang pool. Aku guna yang Kimball. Ini aku jumpa di Econsave.
Tos kemudian ramas-ramas jadi halus dan penyek. *penyek tu macam tertekan / remuk / lenyek*
2) 1 tin kecil kacang panggang. 
3) 200 gm daging lembu kisar. Nak guna daging kambing pun boleh.
4) 10 biji Bawang merah  -dikisar halus-
5) 4 biji Bawang putih -dikisar halus-
6) 1 inci halia  -dikisar halus-
7) 1 1/2 sudu besar rempah kari daging. 
8) 1 sudu besar serbuk ketumbar
9) 2 cawan air *ini agak-agaklah. Sebab mudah pekat bila sejuk*
10) Garam dan gula secukup rasa
11) Minyak sapi


Bahan-bahan hiasan tapi penyedap:


1) Telur mata kerbau
2) Bawang besar -potong dadu-
3) Lada merah -potong dadu-
4) Lada hijau -potong dadu-
5) Limau kasturi dibelah dua


Cara-caranya:


1) Campurkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging ke dalam bahan-bahan yang dikisar halus (bawang putih, bawang merah dan halia). Masukkan sedikit air. Kacau hingga jadi pes.

2) Panaskan minyak sapi, dan tuang pes tadi sehingga berbau harum.

3) Masukkan daging kisar dan kacau rata sehingga masak dan berubah warna. Masukkan air dan kiub daging jika ada. Dah mendidih, masukkan kacang pool dan kacang panggang.

4) Masak sampai pekat, boleh tambah gula dan garam secukup rasa. 

5) Dah siap, hidang dalam mangkuk berserta bahan-bahan sampingan penyedap tadi tu kat atas kacang pool! 

Sedia dimakan! Sedap dimakan ketika suam / panas. Dah sejuk nanti dia jadi pekat! jadi, Bolehlah tambah air panas *pepandai alter sendiri* kasi elok sedap balik ok!

Selamat mencuba! Kacang pool ini sedap dimakan dengan roti tau.





Ini yang dulu-dulu aku cuba tu. Pekat sikit. Pastu lebih daging! Ikut selera sendiri lah kan. hehe


Omnomnom!! Lazatnya!!! ok. dah. Pekena teamix  Herbalife secawan kasi bakar balik lebih kalori. Ish-ish. 



Monday, 16 December 2013

PENGALAMAN BAYI TIDAK PANDAI MENYUSU BADAN

PENGALAMAN BAYI TIDAK PANDAI MENYUSU BADAN


bismillah...


Have you had your shake today?


Alhamdulillah aku telah berjaya menyusukan Balqis sehingga hari ini. Bermakna sudah setahun sebulan beberapa hari Balqis minum susu dari ibu dia ini. Tapi, sebenarnya Balqis semasa bayi, tidak pandai menyusu badan. Sehinggalah masuk hari ke 18 berpantang. 


Kenapa aku cerita mengenai pengalaman bayi tidak pandai menyusu badan di entry kali ini kerana ramai ibu yang cepat putus asa untuk menyusukan anak dengan sangkaan air susu sudah habis. 





Balqis ketika beberapa hari lahir ke dunia. 


Tidak dinafikan pertama kali melahirkan menyebabkan aku tidak pandai memberi susu badan pada awalnya. Aku bersalin pun di KPMC Puchong. Malam selepas bersalin pun Balqis tak tidur dengan aku. Kata nurse, bagi aku rehat sepenuhnya. Aku tak biasa dengan keadaan ada anak, so macam ok, nurse bagi rehat. Aku pun rehat lah. Aku tak marah pun kat nurse tu. Sebab mungkin ada sesetengah orang rasa nak terus bayi di sisi sentiasa. Aku ok je masa tu. Masih dalam keadaan 'percaya tak percaya' dah ada anak. haha. -..-' Kalau rasa nak jumpa Balqis, aku boleh je minta dia hantarkan ke private room aku. Memang dari lepas lahir je, mulut dia sangat kecil, comel je, dengan berat 2.2KG, memang dia hisap sangat perlahan. Tak kuat. Lagi dengan susu aku belum berapa nak keluar. Jadi hari pertama memang terpaksa bercampur dengan susu formula sedikit. Tapi, HARI PERTAMA SAHAJA


Balik rumah, aku dengan hubby lelaju pergi cari breastpump. Aku taknak anak aku minum susu formula lama-lama. Beli je breastpump, memang aku pam terus.





Aku beli medela yang manual ini je. Dan ini hasil pertama aku. Kolostrum. Nak pam keluar kolostrum ni pun menangis aku. Sakit oh. Orang kata, lubang susu belum betul jadi lagi. Paksa keluar juga, itu yang sakit. Tapi bila fikir anak, kuatkan juga. Aku nak dia sihat, jadi kena bagi imun sistem yang kuat untuk anak. Alhamdullillah memang dia kuat dan tiada masalah jaundice atau kuning selepas dilahirkan.


Dan sehinggalah hari ke 17 aku bangun tiap malam sejam sekali, ambil susu yang aku dah siap pam, panaskan sekejap baru bagi Balqis. Buat sendiri kecuali hujung minggu bila hubby balik. Almaklumla berpantang di rumah ibu-ayah aku. Maka, tidaklah hubby selalu ada di rumah. 


Antara perkara yang aku cuba buat agar bayi tidak pandai menyusu badan iaitu Si Balqis ni supaya jadi pandai:


1) Cuba nipple shields


Ibu aku ada belikan juga nipple shields tu. Tak boleh jugak. Sebab mulut Balqis kecil. Tak muat pun benda alah ni nak masuk. -..-'






2) Bercakap dengan bayi


Usaha lagi. Aku cuba bercakap dengan Balqis perlahan-lahan. Ialah. Lambat sumbat susu, dia punya melaung kuat tau. Gelabah dibuatnya. Nak kencing dan yak pun kalau boleh nak laju-laju je sebab Balqis nak aku ada sekitar dia 24 jam. Inikan nak ajar menyusu badan dengan aku terkial-kial nak lekatkan dia kat aku. Dan boleh kata inverted nipple lah sebab tiada sedutan yang betul dari si kecil ni. 


3) Sentuhan badan ke badan


Aku bagi dia bau badan aku. Bagi dia selesa. Memang dia nangis. Haus kan. Bayi apa tau. Nangis jelah. Tapi aku pujuk lagi sambil bagi sentuhan badan ke badan. Biarkan dia pakai pampers je, aku peluk dia rapat ke dada aku. 


4) Bertenang


Aku sendiri kena bertenang. Memula nak putus asa dah. Fikir balik aku nak bagi terbaik yang aku boleh. Jadi aku cuba lagi dan terus cuba dengan tenang. Kalau stress, Balqis macam boleh tau je. Dia jadi makin mengamuk. haa.. jadi bila aku bertenang, lelama dia boleh tenang juga.


5) Tetapkan mind-set


Aku sentiasa kuat-kuatkan mind-set dengan berkata "setiap ibu pasti boleh menyusukan anak sendiri. Ibu aku boleh, aku MESTI boleh"


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"


mesti ada hikmah disebalik setiap penyusuan. Tak mudah awalnya, tapi aku PASTI boleh.


Alhamdulillah hari ke 18 Balqis berjaya menyusu badan. Suka sangat hati ini Allah sahaja yang tahu. Terasa kasih sayang sedutan dari si anak. Maa shaa Allah indah perasaan itu. Aku sedang berusaha untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Doakan aku berjaya ye.


Untuk ibu-ibu yang nak sangat merasa anak menyusu badan, yang penting jangan mudah putus asa. In shaa Allah terus berusaha dan berdoa, moga Allah murahkan rezeki anak-anak dengan susu kita. 





Naked face si ibu memeluk si anak sour face dengan kasih sayang tanpa batasan! Ecewah. -..-'


Jika bayi aku tidak pandai menyusu badan awalnya boleh berjaya menyusu badan sekarang sehingga berumur setahun lebih, ibu-ibu di luar sana pasti boleh juga. Just believe YOU CAN DO IT!!!!


Jika anda mahukan nutrisi seimbang untuk ibu dan anak,
selamat untuk ibu berpantang dan ibu menyusu,
hubungi kami untuk jalan penyelesaian.


mimie 016-2200583
farid 016-2200593


Tuesday, 10 December 2013

PESTA BUKU: BIG BAD WOLF

PESTA BUKU: BIG BAD WOLF BEST!


Bismillah...


Have you had your shake today?


Dah pergi ke Big Bad Wolf? Ok. Ini kali pertama aku pergi. Sebelum ini memang nak sangat pergi tapi ada sahaja perkara yang tidak mengizinkan. *sedih*. Kepada yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf, haa.. ianya adalah pesta buku secara besar-besaran dan sangat best sebab diskaun dia menggila murah!!!! sehingga 95%!!! Bayangkanlah buku memahal tu.. dapat memurah je. Buku semurah 2 ringgit pun ada tau. 







 Buka 24 jam!! Agak-agak siang tak sempat, malam boleh pergi. Cepat-cepat! 
Sampai 15 Disember ini je tau!
Big Bad Wolf ini bertempat di MIECC. Dekat Mines.


Banyak sangat buku! Serius aku memang suka buku. Dulu masa sekolah rendah ayah aku bagi duit sekolah Seringgit sehari. Simpan sehari 50 sen untuk beli buku cerita penyiasatan macam Siri Hadi, Siri Salmah, 5 Penyiasat... harga buku tu satu RM2.50. Dalam 5 hari, aku dapat 1 buku. hehe. Masa tu rasa puas gila sebab tidaklah selalu 'pau' ibu ayah aku. Boleh berdikari sikit kononnya. hehe. So kalau rasa nak baca lebih, aku pinjam kawan baik aku, Intan. Haa... rumah dia memang macam library. Berderet buku-buku ni ikut siri. Peh. Seronok!

Ramaikan manusia? 






Ada banyak section. Tapi ini kawasan kegemaran aku. SELF HELP. 


Zaman sekolah rendah -- buku penyiasatan *kengkonon kalau kena kidnap, aku tau taktik selamatkan diri.*
Zaman sekolah menengah -- novel-novel cinta *comfort zone*
Zaman universiti -- kurang membaca, main Farmville lebih -..-' *comfort zone*
Zaman bekerja makan gaji -- kurang membaca, tak sempat kononnya -..-' *comfort zone*
Zaman mengandung -- buku-buku kelahiran, blog-walking, Al-Quran lebih kerap.
Zaman bekerja sendiri -- buku  bisnes, leadership, motivation and more to SELF HELP. dan aku baca lebih AL-QURAN. Maa shaa Allah. Banyak perubahan dalam hidup aku. T__T






Balqis dah dapat buku dia! Dinasour kecik dengan mata boleh gerak-gerak!
Kemaen suka! 










Selain buku, ada juga hiasan dari tin. Cantik uols! 


So, inilah hasil tangkapan aku di Big Bad Wolf. Tu atas sekali buku fevret Balqis! -.-'
Bawak ke hulu ke hilir. hehe. Nak amik bebanyak, fikir 2-3 kali. Sempat ke nak habiskan? So cukuplah ini dulu. Next Big Bad Wolf, in shaa Allah pergi lagi. =)



Be your own BOSS?
ASK ME HOW


Thursday, 5 December 2013

HERBALIFE OFFICE: KUALA LUMPUR, MALAYSIA

HERBALIFE OFFICE: KUALA LUMPUR, MALAYSIA


Bismillah...


Have you had your shake today?


Buat pembaca yang belum pernah singgah ke Herbalife Office di Kuala Lumpur, jom aku tunjuk sikit keadaannya ye. 







Herbalife Products Malaysia Sdn Bhd (282141-M) AJL 931586
Ground Floor, Plaza See Hoy Chan
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Malaysia



haa.. tu dia. Alamat penuh sekali aku bagi. 





Untuk yang pertama kali datang, tak tahu bagaimana nak order di sana.. begini caranya:


1) Baca bismillah, buka pintu dan langkah kaki kanan dulu. *hehe*

2) Sebelah kanan dari pintu masuk tu ada list order. So korang isi dulu borang tu. 

3) Ambil nombor giliran. Pilih "order processing"

4) Tunggu jelah nombor giliran dipanggil.

5) Selesai dipanggil di kaunter seperti gambar di atas, tunggu lagi untuk ambil barang di kaunter "pick up" seperti gambar di bawah.





Amboih anak siapa lah tu. -.-'






Ini tadi semasa sedang bercerita mengenai produk Herbalife dengan salah seorang customer aku. Kasi penerangan jelas biar faham apa produk yang sesuai untuk program yang dia pilih. 


Oh ya, Herbalife ini ada 3 program tau. Iaitu:

1) Program turun berat badan

2) Program naik berat badan

3) Program kesihatan ( ini termasuklah maintain berat atau permasalahan kesihatan seperti jerawat,buasir dll)






Tu dia. Ada gambar Mark Huges. Mark Huges inilah pengasas Herbalife. Siapa Mark Huges? Nanti next entry akan aku cerita ok. ^.-






Alang-alang aku perkenalkan sekalilah rakan bisnes dan customer baru aku ni. hehe. Ammini dari Medan, Indonesia. Baru habis pengajian Master di UPM. Bidang berkaitan pertanian. Lagi beberapa hari dah nak balik Medan. Jadi aku bawa dulu ronda-ronda Herbalife Office Malaysia. 


Lepas ini berkembang ke Indonesia pulaklah bisnes aku ni. hehe. Best kan Herbalife? 


Dan, cantikkan Herbalife Office Malaysia? Bila aku masuk sini, dengan bau shake lagi.. memang terus refresh energy lah. Memang tidak dapat disangkal lagi. cewah. So, cukuplah gambar tu ye. Kalau nak lihat lebih jelas dan jadi salah seorang team aku a.k.a customer aku, why not just give me a call. Bagitahu yang korang serius untuk mengikuti mana-mana program yang aku beri tadi. In shaa Allah aku cuba tolong dengan terbaik sekali. =)