Wednesday, 18 December 2013

Makanan Johor: Kacang Pool!

Makanan Johor: Kacang Pool Dicecah Roti


bismillah...


have you had your shake today?


Pernah dengar 'kacang pool' ? Makanan ini begitu terkenal di Johor Bahru. Tapi, selama 4 tahun aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, tak pernah pun makan kacang pool ni. Kelakar kan? Bila dah zaman kahwin baru sibuk nak makan itu-ini. 




Dulu aku ingat kacang pool ini sekadar kacang panggang je. Sebab itu tak rasa nak makan dan cuba pun kacang pool ni. Sekali dah cuba, peh, enak bangat!!! Roti tu setebal 2 inci lebih kurang. Dari atas, gambar ni tak berapa nampak kan kacang pool nya? Bagi yang pernah rasa, pasti tahu kesedapannya. Menjilat jari uols!! 


hmm.. Disebabkan bila kat KL aku rindu makan kacang pool ni, pernah juga cuba buat sendiri. Rasanya boleh tahan lah, tapi lagi sedap makan sendiri di Kacang Pool Haji ye kawan-kawan! Rasa dulu yang asli, baru cuba makan yang resepi aku nak bagi ni. Boleh cari Kacang Pool Haji ni Larkin dan di Angsana, Johor Bahru. 





Disebabkan kawan-kawan ada bertanya resepi, jadi, silalah mencuba. Aku pun cuba jaya je resepi ni. Tapi, sedap lagi yang asli kat kedai Kacang Pool Haji tu ye. Jangan marah kalau rasa lain sikit. Aku pun tengah cuba jaya cari resepi yang betul sama rasa macam Kacang Pool Haji. Tapi bila malas, balik je JB. Makan sini. Bahaha. -..-' 
*dah kerja sendiri, suka hatilah tentukan masa sendiri. Ye tak? dan JELOUS tak? hehe*

Bahan-bahan:


1) 1 tin kacang pool. Aku guna yang Kimball. Ini aku jumpa di Econsave.
Tos kemudian ramas-ramas jadi halus dan penyek. *penyek tu macam tertekan / remuk / lenyek*
2) 1 tin kecil kacang panggang. 
3) 200 gm daging lembu kisar. Nak guna daging kambing pun boleh.
4) 10 biji Bawang merah  -dikisar halus-
5) 4 biji Bawang putih -dikisar halus-
6) 1 inci halia  -dikisar halus-
7) 1 1/2 sudu besar rempah kari daging. 
8) 1 sudu besar serbuk ketumbar
9) 2 cawan air *ini agak-agaklah. Sebab mudah pekat bila sejuk*
10) Garam dan gula secukup rasa
11) Minyak sapi


Bahan-bahan hiasan tapi penyedap:


1) Telur mata kerbau
2) Bawang besar -potong dadu-
3) Lada merah -potong dadu-
4) Lada hijau -potong dadu-
5) Limau kasturi dibelah dua


Cara-caranya:


1) Campurkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging ke dalam bahan-bahan yang dikisar halus (bawang putih, bawang merah dan halia). Masukkan sedikit air. Kacau hingga jadi pes.

2) Panaskan minyak sapi, dan tuang pes tadi sehingga berbau harum.

3) Masukkan daging kisar dan kacau rata sehingga masak dan berubah warna. Masukkan air dan kiub daging jika ada. Dah mendidih, masukkan kacang pool dan kacang panggang.

4) Masak sampai pekat, boleh tambah gula dan garam secukup rasa. 

5) Dah siap, hidang dalam mangkuk berserta bahan-bahan sampingan penyedap tadi tu kat atas kacang pool! 

Sedia dimakan! Sedap dimakan ketika suam / panas. Dah sejuk nanti dia jadi pekat! jadi, Bolehlah tambah air panas *pepandai alter sendiri* kasi elok sedap balik ok!

Selamat mencuba! Kacang pool ini sedap dimakan dengan roti tau.





Ini yang dulu-dulu aku cuba tu. Pekat sikit. Pastu lebih daging! Ikut selera sendiri lah kan. hehe


Omnomnom!! Lazatnya!!! ok. dah. Pekena teamix  Herbalife secawan kasi bakar balik lebih kalori. Ish-ish. 



No comments: