Tuesday, 28 January 2014

Hidup untuk Memberi

bismillah...





So ya. 
Aku cuba praktikkan. 
Bangun pagi.. solat.
Kemudian berfikir apa aku boleh beri hari ini?


Niat:


1) Senyuman *ini tak perlu keluar sesen pon*
2) Sedekah 
3) Baju-baju lama yang masih elok diberikan kepada anak-anak yatim
4) Kemas rumah tanpa membebel *bahaha. Ini perlu supaya latih diri ikhlas. oh my..*


Dan alhamdulillah..


By the end of the day, 
banyak perkara wonderful terjadi. 


Customer dapat result best,
Customer happy dengan coaching aku,
Customer repeat order,
Dapat penyewa baru yang in shaa Allah dapat jaga rumah aku dengan baik *pray hard*


Dan aku percaya,
Bila kita tersangkut dalam apa jua situasi, 
the best part untuk keluar dari 'kesangkutan' itu adalah dengan
MEMBERI


Apapun,
jika tiada duit,
SENYUMAN


Alangkan tengok Siti Nurhaliza senyum pun dah rasa..
ala manisnya!


Inikan kita yang memberi,
tak ke sejuk hati orang yang memandang. 


Hidup ini bukan semata-mata tentang kita,
diri kita,
BUKAN.


Kehidupan ini sentiasa bersangkut paut.
Sebab itu ther power of MEMBERI itu cukup mantap.


So ya,
Jom setiap pagi bangun dan fikir,
APA AKU BOLEH BERI,
senaraikan,
bukan semata-mata
APA AKU BOLEH DAPAT.







okBai.

Monday, 27 January 2014

Rumah bagai Goreng Pisang Panas!!!

Bismillah...










Sekarang tengah mencari penyewa rumah yang baru disebabkan penyewa lama nak pindah dah dari rumah aku tu. Kemaen macam goreng pisang panas. Dalam 12 jam dekat 30 orang call nak sewa rumah! Alhamdulillah dapat dah jumpa penyewa baru yang berkenan dek hati. Yang penting bagi aku, boleh jaga rumah elok-elok.


Bagi aku, jika kita ada duit lebih, why not invest sikit kat rumah. Beli rumah yang ikut kemampuan dulu. Sebab harga rumah sekarang menggila naik.


Mana tahu, dari sebuah rumah yang kecil, lama-lama dapat 3-4 buah rumah lagi dan seterusnya yang tak perlu tunggu pencen sebagai income tua kita. 


Hmm.. why not?




Wednesday, 22 January 2014

Tempat best: Hello Kitty, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru

Tempat best: Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru


bismillah..


Have you had your shake today?


Salah satu tempat best untuk bersantai terutama bersama anak-anak dan family adalah di Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends yang terletak di Puteri Harbour. Dari bandar Johor Bahru dekat je. Taklah jauh dan.. tiada tol. Almaklumlah kalau di KL, pantang ke mana-mana, mesti singgah jumpa makcik kakcik abang TOL, bagi angpau dulu baru palang terbuka. Kalau tak, sila naik public transport atau duduk diam dalam rumah, buka ipad dan berangan. 


Kiranya dalam satu bangunan tu terletak 3 rumah iaitu Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends. Kalau nak masuk Thomas and Friends je pun boleh, tak perlu masuk ketiga-tiga rumah tu pun takpe. Pembayaran tiket jelah berbeza.






Daniel ni boyfriend Hello Kitty rupanya. 




Ada banyak aktiviti dalam rumah Hello Kitty. Yang ini, kami sedang decorate cookies jadi Hello Kitty dan...


tara...


-


-


-


inilah hasilnya!!!







Nampak sangat tangan tak pro snap gambar. Abaikan. Tapi  kalau korang nak tahu, Hello kitty kaler merah tu... namanya The Evil Hello Kitty. You eat me, i eat you back!


Siap deco, cookies ni boleh makan. Tapi aku rasa sikit jelah. Manis uols. 






Persembahan Hello Kitty bersama boyfriend dan kawan-kawan dia. 



Para emaks yang sangat suka quality time bersama anak atau nama lainnya bagi mereka ini ialah sindrom emakanaktakbolehpisahlamanantibiol








Afiq nangis jurai-jurai air mata sebab tak kenal mummy dia dah kena sumpahan Hello Kitty. Padahal dia pun sama tanpa sedar. -..-'  Lepas buka costume baru kenal. Alalala...Afiq. 







Rumah Hello Kitty ni kiranya lengkap dengan dapur, rest room, bath room, meja solek, almari baju.. tapi semua konsep Hello Kitty. Maka, tersangatlah comel jadinya. Memang bebudak datang sini boleh berangan uols. Mak nya adalah sikit-sikit.






Selain itu, ada juga misi menyelamatkan Hello Kitty yang dikurung. Akan dapat lampu suluh dan kena jawab soalan dan ingat kata kunci. Dalam setiap tempat ada huruf yang perlu dicari supaya dengan huruf tersebut terbentuk satu perkataan yang boleh melepaskan Hello Kitty dari kurungan. Dah siap kumpul huruf, dapat sijil. Aku dapat A! Encik suami dapat B! A tu kiranya semua betul. Ceh. Macam lah terror sangat, padahal hentam je lebih. I'm lucky you know. I'm lucky. Tehehe. *muka berlagak macam nak kena lempang*








Ok kat Thomas and Friends pula, banyak mainan. Disebabkan kami datang waktu hari biasa yang mana tak ramai orang nak berseronok di siang hari, maka kami boleh main sepuas-puasnya segala permainan ini. Tak payah nak beratur bagai. Nak main lama-lama, banyak kali pun tak mengapa. Banyak syok woooo.






I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!




Tudia Barney and Friends! Sangat energetic persembahan ni... Balqis teruja tengok Barney boleh gerak-gerak depan dia. Memang best lah!


So, Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru ni sangat recommended to all of you. Cuma kalau pergi hujung minggu, selamat bersabar menunggu giliran masuk, giliran nak main permainan, giliran nak masuk toilet.. eh? Yup. Memang ramai. Haa.. kalau nak
 bersenang-lenang-lenggang-kangkung, datang hari biasa macam kami pergi ni. 


Serius bestttt!





Sunday, 19 January 2014

CalaQisya di Johor Bahru

CalaQisya di Johor Bahru: Habis lah duit


Bismillah...


haha. Tajuk kemaen kan. Dan yeay! CalaQisya dah ada di Johor Bahru dan cuma 5 minit je dari rumah mertua aku.. dan yeay! senang nak datang! *duit, sila menyorok* 






Bersebelahan je dengan butik Radiusite. Butik ni bertempat di Bandar Baru Uda. Kawasan kedai-kedai baru yang terletak belakang Jakel. Kiranya aku rasa kawasan ni akan berkembang macam Seksyen 7 Shah Alam.  Area butik-butik je kan. Best nak buat pilihan untuk shopping!






CalaQisya! Aku suka konsep CalaQisya ni. Macam comel je. 






Bahagian dalam lagi lah menarik! 






Banyak dress cantik-cantik. Dan bagi aku, harga sangat reasonable. Tengok tu. Tutu Dress! Comel serius! 







Dan ini hasil rembatan aku. Beberapa shawl dan dress! Kaler shawl dia memang boleh menjulingkan mata ok! Banyak sangat kaler yang soft dan memang cantiklah. Dahla sekarang aku gila wide shawl. Maggie shawl CalaQisya ni mudah je dipakai dan senang nak tutup dada. Dan well, bila dah menutup bahagian dada, aku rasa confident level aku lebih tinggi. Banyak hikmah kan bila Allah suruh tutup aurat. 
Alhamdulilah sikit-sikit belajar. =')


Tak mustahil akan serbu lagi CalaQisya ni. Wee~

ASAM PEDAS MUAR

ASAM PEDAS MUAR: KAT MANA SEDAP?


Bismillah...


Jika korang terasa nak cuba asam pedas Muar, dan tak tahu mana nak tuju, apa kata singgah ke Parit Jawa.






Ikan merah dah habis. Padahal baru jam 11 lebih waktu ni. Memang sedap. Kedai dia memang penuh je orang. Jadi yang tinggal masa ini ikan kembung dan siakap. Jadi, yang aku pilih adalah ekor siakap. 


Muar ni boleh dikatakan banyak tempat makan yang sedap terutama siang hari. Dan asam pedas memang salah satu daya tarikan untuk datang ke Muar. Sedangkan aku pun kalau balik kampung, tak makan asam pedas ni.. rasa macam kekurangan lah. hehe


Dan, kuah asam pedas, kalau tak dua mangkuk tak sah! Aku boleh hirup kuah asam pedas Muar ni macam makan tomyam tau! Sedap!






Muka lapar! -..-'


Kalau order 1 set, bermakna ada asam pedas, telur dadar, sayur campur dan timun beserta sambal belacan. Super sedap terangkat wa cakap lu. 


Kat mana yang kata asam pedas Muar yang sedap sangat ni?


Sini!!!




Pak Yahya Asam Pedas!


Pernah masuk rancangan TV sebab kesedapan dia tu. Pak Yahya ni yang masak, Pak Yahya ni lah yang tukang kira lepas makan. Kalau tengok cara dia kat kedai, memang tangkas. Gigih.


-- wah, sejak dah berbisnes ni baru aku lebih menghargai orang yang berniaga. sobs --


Dan nak tahu tak? Makan asam pedas berdua dengan suami  dan alhamdulillah sedap, perut kenyang.. harga nya cuma RM20!!! Murah! Kalau kat Bubba Gump haritu, segelas air je dah RM26. -..-'


Maka tekak ini buat masa ini lebih menyukai makanan dan masakan kampung dari yang lain-lain. Tak dapat dinafikan. Hmmm..








Monday, 13 January 2014

BUBBA GUMP SHRIMP CO

BUBBA GUMP SHRIMP CO : 4 perkara menarik!


bismillah...


Have you had your shake today?


Banyak kali aku ronda The Curve, banyak kali lalu depan restoren Bubba Gump Shrimp Co ni tapi tak pernah rasa nak masuk. Sebab rasa mesti mahal ni. Dan.. aku tak reti nak order apa. -..-'


Lepas layan cerita Forrest Gump, macam menarik-narik pulak kaki aku melangkah kat Bubba Gump Shrimp Co ni. heheh.












Oh ya. Jaga-jaga dengan signboard STOP FORREST STOP ni tau..  Nanti waiter datang pulak kat meja korang. heheh. Dia macam tekan loceng panggil waiter nak order apa-apa lah kiranya. Aku baru je pusing signboard ni sebab nak snap gambar, waiter dah tercegat sebelah aku! bahaha. Gelisah kau. Menu tak tengok lagi pula tu. 


Oh man. Memang super mahal! Disebabkan aku sekadar nak mencuba dan tak tahu nak order apa....






Ini cukuplah. Lepas ni pegi telan shake Herbalife sudah.Lagi cukup lengkap nutrisi segala. Segelas pun baru RM5.70. Murah... haha. 

Well...yang begini pon dah dekat RM50 uols! *Pengsan* Nasib baik la boleh bawak balik gelas berlampu tu. Tak la terasa melayang duit keterlampauan. Phew.






Tapi yang sebenarnya aku lebih tertarik kepada cerita Forrest Gump ni.


Restoren Bubba Gump ni kesinambungan dari cerita Forrest Gump ni la kiranya. Siapa Bubba? Bubba ni kawan baik Forrest Gump masa duty as US War Army kat Vietnam. Dorang berdua ni kawan baik sebab masing-masing macam istimewa. Tak senormal orang biasa. Dalam bas pon takde siapa nak duduk sebelah dorang. Disebabkan 'keistimewaan' itulah, dorang berdua ni jadi kawan baik. Sampai dorang plan nak buka bisnes shrimp boat bersama.


Tapi bagi aku, gempak Forrest Gump ni... kenapa? Banyak lah sebabnya. Kena pegi layan balik cerita tu ye.  Tapi ini antaranya...


1- Keep things simple


Kecik-kecik dulu kaki dia tak kuat. Kena pakai penyokong kaki. Sampai orang ejek dia pakai 'braces' kat kaki. Biasalah manusia suka ejek, keji, ngumpat blablabla kan... Tapi untung dia ada Jenny. Wanita kesayangan dia. Cewah. Sebab Jenny ni je yang nak duduk sebelah dia dalam bas sekolah. Bila ada orang nak buli Forrest Gump, Jenny akan jerit 


"RUN FORREST RUN!"


Dan Forrest ni akan lari sekuat hati, laju gila pulak tu sampai dia tak perasan yang 'braces' dia tercabut!


Forrest keep things simple. Ikut je. Tak fikir banyak dah. LARI!!! 


---------


Keep things simple in Herbalife. Ikut je cakap coach. Simple. Why not? Coach mesti dah ada product result. Coach boleh, aku pon boleh. Cuma perlu ikut tips yang diberikan oleh coach. Itu je. 





Inilah Jenny dari kecik sampai ke besar. Banyak kesilapan Jenny buat dalam life dia, tapi Forrest Gump tetap sayang Jenny, sentiasa menerima Jenny dan akhirnya jadi isteri Forrest walau dalam masa yang sangat sekejap. Ouch sangat tau! heheh


2- Fokus


Disebabkan dah selalu lari laju, masa perang di Vietnam, Forrest fokus pergi selamatkan semua team dia yang dah cedera parah selagi tak mati kena bom tu. Bubba pon dia sempat selamatkan dari kawasan perang cuma Bubba memang dah cedera parah, tak lama lepas tu mati. *sedih*. Tapi dia tetap teguh nak tunaikan janji untuk buka bisnes shrimp boat dengan Bubba. Forrest berjaya kumpul duit dan akhirnya dapat beli shrimp boat yang dinamakan "Jenny". *yay!*


----------


Fokus dengan apa yang kita nak. Tulis siap segala mimpi. Senaraikan. Fokus untuk dapatkan impian itu walau masa yang diambil mungkin lebih lama dari yang dijangkakan.. tapi jangan sampai hilang fokus!



3- Bina organisasi yang mempunyai misi yang sama dan jelas


Salah seorang yang Forrest selamatkan semasa perang itu adalah ketua platoon dia iaitu Liutenant Dan Taylor *pelakon CSI hoi*. Tapi Lt Dan ni sangat marah dengan Forrest sebab dia memang hampir mati, kaki hilang dan sememangnya dia sangat putus asa. Dari Hero ke Zero. Lt Dan marah sangat sebab kalau Forrest biarkan je dia di medan perang, dia boleh mati dengan penuh maruah dan hormat lah kiranya. Cerita yang panjang dipendekkan, akhirnya Lt Dan ni yang sama-sama jalankan bisnes shrimp boat ni. Lt Dan ni memang dah ada skill cuma dia putus asa mula-mula sebab merasakan diri sangat tak berguna. Akhirnya perniagaan mereka memang sangat maju lah. Banyak invest sana sini. Dan Lt Dan pon dah ada kaki palsu! Hero lah balik ye tak. heheh.


------------


 Sebenarnya dalam diri setiap orang ada je potensi untuk berjaya. Cuma kadang-kala tak perasan atau mudah merasa diri serba kekurangan. Mudah putus asa. Come on. We can do better than today!  Everybody deserve for success! Hoyeahh!


4- Support system yang kuat


Forrest Gump ni bagi aku sangat beruntung sebab dia mempunyai mak yang sangat supportive. Sangat menjaga perasaan Forrest Gump ni dan kalau dia nak sampaikan sesuatu, dia sampaikan dengan ayat paling mudah Forrest Gump nak faham.








Dalam satu kotak coklat yang dimaksudkan mak Forrest ni yang berlainan perisa. Ada yang masam, pahit, manis, berkacang dan lain-lain. Nasib-nasib lah termakan yang pahit dulu ke... yang manis dulu ke... tapi nak tahu rasa apa, kena makan dulu. Pengalaman itu yang sebaik-baik pengajaran buat kita. Pahit manis itulah rencah coklat hidup kita. Teruskan kerana itulah yang terindah dan perlu dilalui. Zaman sukar tidak terus menerus. Pasti yang manis itu akan terbit juga. Kalau pahit je... tak lah muncul Bubba Gump Shrimp Co ni. 
Ye tak?


Teruskan melangkah dan 


Keep calm and smile!



Friday, 3 January 2014

Tempat bercuti di Johor: Tanjung Sepang

Tempat bercuti di Johor: Tanjung Sepang


bismillah...


Have you had your shake today?


Salah satu cara untuk merapatkan hubungan sesama keluarga adalah dengan pergi bercuti. Bila dah kahwin lagi untung, ada dua family. Makna ada 2 kali bercuti. M.I.N.I.M.A. Amboih. Yang tak kahwin lagi, sila jeles. Bahaha. -.^ Ini belum campur percutian dengan Herbalife. 2 kali ke oversea. Minima. haaiii.. Kerja kuat-kuat, lepas tu selit-selit dengan bercuti jela kerja kau MIMIE. Berbaloi-baloi. hehe.


Destinasi pilihan bercuti kali ini adalah ke Tanjung Sepang, Kota Tinggi. Pemandangan sangat cantik, lokasi sangat menarik, angin sangat sejuk. Kami tiba hari Khamis. So cuma ada 3 famili je yang sedang bercuti. Sangat privacy gitu. 



  

Aku dapat kalini chalet yang menghadap pagar. Sebelah tu ada air sungai. Tak berapa nak jernih sebab banyak lagi kawasan sekeliling yang sedang dalam pembinaan.
Tapi tetap cantik uols Tanjung Sepang ni! 






"Laju-laju...buaiku laju!!"





"Ibu! Cukup-cukup! Bising je!" -..-'






Dari dengar ibu nyanyi, baik lepak sini. *moody*






Si suami aku ni memang suka sangat bakar-membakar. Kat setiap chalet memang disediakan tempat bakar ni. Jadi memang tinggal bawa arang, dan segala apa yang korang nak bakar lah. 






Dari petang sampai ke malam kami ber BBQ. Syok wooo. 




Mandi time!!!!






Balqis tak puas mandi kat kolam kanak-kanak. Kemaen. Giraffe pon campak tepi je. Ceh!





Jeles je kaum-kaum lelaki ini pandai berenang. Maka aku pon belajar aaa sikit-sikit. Haha. Manja-manja sikit dengan incik suami kan. *poyo cis!*


Nak pandai berenang pun kena pandai kawal pernafasan. Sama aku rasa dengan kehidupan seharian. Kena seimbang. Bila tak seimbang; terlalu alpa, hanyut. Kalau terlalu mudah mengalah, pun tenggelam.


Tarik nafas elok-elok, kawal, jaga pergerakan, berenang dengan tenang. 


Selagi tak tenang, takut air, takut risiko, selagi tu tak berjaya, selagi tu tenggelam!


Ok Mimie. Belajar-belajar! *cabar diri*


Bagi aku Tanjung Sepang ni memang syok lah. Tempat baru ni aku rasa. Masa aku belajar sana dulu, tempat ni takde lagi. Alhamdulillah. Bekerja sendiri is my best choice ever. Boleh tentukan masa sendiri. Dan paling penting, always be with my family. Yay!