Sunday, 19 January 2014

ASAM PEDAS MUAR

ASAM PEDAS MUAR: KAT MANA SEDAP?


Bismillah...


Jika korang terasa nak cuba asam pedas Muar, dan tak tahu mana nak tuju, apa kata singgah ke Parit Jawa.






Ikan merah dah habis. Padahal baru jam 11 lebih waktu ni. Memang sedap. Kedai dia memang penuh je orang. Jadi yang tinggal masa ini ikan kembung dan siakap. Jadi, yang aku pilih adalah ekor siakap. 


Muar ni boleh dikatakan banyak tempat makan yang sedap terutama siang hari. Dan asam pedas memang salah satu daya tarikan untuk datang ke Muar. Sedangkan aku pun kalau balik kampung, tak makan asam pedas ni.. rasa macam kekurangan lah. hehe


Dan, kuah asam pedas, kalau tak dua mangkuk tak sah! Aku boleh hirup kuah asam pedas Muar ni macam makan tomyam tau! Sedap!






Muka lapar! -..-'


Kalau order 1 set, bermakna ada asam pedas, telur dadar, sayur campur dan timun beserta sambal belacan. Super sedap terangkat wa cakap lu. 


Kat mana yang kata asam pedas Muar yang sedap sangat ni?


Sini!!!




Pak Yahya Asam Pedas!


Pernah masuk rancangan TV sebab kesedapan dia tu. Pak Yahya ni yang masak, Pak Yahya ni lah yang tukang kira lepas makan. Kalau tengok cara dia kat kedai, memang tangkas. Gigih.


-- wah, sejak dah berbisnes ni baru aku lebih menghargai orang yang berniaga. sobs --


Dan nak tahu tak? Makan asam pedas berdua dengan suami  dan alhamdulillah sedap, perut kenyang.. harga nya cuma RM20!!! Murah! Kalau kat Bubba Gump haritu, segelas air je dah RM26. -..-'


Maka tekak ini buat masa ini lebih menyukai makanan dan masakan kampung dari yang lain-lain. Tak dapat dinafikan. Hmmm..








No comments: