Monday, 13 January 2014

BUBBA GUMP SHRIMP CO

BUBBA GUMP SHRIMP CO : 4 perkara menarik!


bismillah...


Have you had your shake today?


Banyak kali aku ronda The Curve, banyak kali lalu depan restoren Bubba Gump Shrimp Co ni tapi tak pernah rasa nak masuk. Sebab rasa mesti mahal ni. Dan.. aku tak reti nak order apa. -..-'


Lepas layan cerita Forrest Gump, macam menarik-narik pulak kaki aku melangkah kat Bubba Gump Shrimp Co ni. heheh.












Oh ya. Jaga-jaga dengan signboard STOP FORREST STOP ni tau..  Nanti waiter datang pulak kat meja korang. heheh. Dia macam tekan loceng panggil waiter nak order apa-apa lah kiranya. Aku baru je pusing signboard ni sebab nak snap gambar, waiter dah tercegat sebelah aku! bahaha. Gelisah kau. Menu tak tengok lagi pula tu. 


Oh man. Memang super mahal! Disebabkan aku sekadar nak mencuba dan tak tahu nak order apa....






Ini cukuplah. Lepas ni pegi telan shake Herbalife sudah.Lagi cukup lengkap nutrisi segala. Segelas pun baru RM5.70. Murah... haha. 

Well...yang begini pon dah dekat RM50 uols! *Pengsan* Nasib baik la boleh bawak balik gelas berlampu tu. Tak la terasa melayang duit keterlampauan. Phew.






Tapi yang sebenarnya aku lebih tertarik kepada cerita Forrest Gump ni.


Restoren Bubba Gump ni kesinambungan dari cerita Forrest Gump ni la kiranya. Siapa Bubba? Bubba ni kawan baik Forrest Gump masa duty as US War Army kat Vietnam. Dorang berdua ni kawan baik sebab masing-masing macam istimewa. Tak senormal orang biasa. Dalam bas pon takde siapa nak duduk sebelah dorang. Disebabkan 'keistimewaan' itulah, dorang berdua ni jadi kawan baik. Sampai dorang plan nak buka bisnes shrimp boat bersama.


Tapi bagi aku, gempak Forrest Gump ni... kenapa? Banyak lah sebabnya. Kena pegi layan balik cerita tu ye.  Tapi ini antaranya...


1- Keep things simple


Kecik-kecik dulu kaki dia tak kuat. Kena pakai penyokong kaki. Sampai orang ejek dia pakai 'braces' kat kaki. Biasalah manusia suka ejek, keji, ngumpat blablabla kan... Tapi untung dia ada Jenny. Wanita kesayangan dia. Cewah. Sebab Jenny ni je yang nak duduk sebelah dia dalam bas sekolah. Bila ada orang nak buli Forrest Gump, Jenny akan jerit 


"RUN FORREST RUN!"


Dan Forrest ni akan lari sekuat hati, laju gila pulak tu sampai dia tak perasan yang 'braces' dia tercabut!


Forrest keep things simple. Ikut je. Tak fikir banyak dah. LARI!!! 


---------


Keep things simple in Herbalife. Ikut je cakap coach. Simple. Why not? Coach mesti dah ada product result. Coach boleh, aku pon boleh. Cuma perlu ikut tips yang diberikan oleh coach. Itu je. 





Inilah Jenny dari kecik sampai ke besar. Banyak kesilapan Jenny buat dalam life dia, tapi Forrest Gump tetap sayang Jenny, sentiasa menerima Jenny dan akhirnya jadi isteri Forrest walau dalam masa yang sangat sekejap. Ouch sangat tau! heheh


2- Fokus


Disebabkan dah selalu lari laju, masa perang di Vietnam, Forrest fokus pergi selamatkan semua team dia yang dah cedera parah selagi tak mati kena bom tu. Bubba pon dia sempat selamatkan dari kawasan perang cuma Bubba memang dah cedera parah, tak lama lepas tu mati. *sedih*. Tapi dia tetap teguh nak tunaikan janji untuk buka bisnes shrimp boat dengan Bubba. Forrest berjaya kumpul duit dan akhirnya dapat beli shrimp boat yang dinamakan "Jenny". *yay!*


----------


Fokus dengan apa yang kita nak. Tulis siap segala mimpi. Senaraikan. Fokus untuk dapatkan impian itu walau masa yang diambil mungkin lebih lama dari yang dijangkakan.. tapi jangan sampai hilang fokus!



3- Bina organisasi yang mempunyai misi yang sama dan jelas


Salah seorang yang Forrest selamatkan semasa perang itu adalah ketua platoon dia iaitu Liutenant Dan Taylor *pelakon CSI hoi*. Tapi Lt Dan ni sangat marah dengan Forrest sebab dia memang hampir mati, kaki hilang dan sememangnya dia sangat putus asa. Dari Hero ke Zero. Lt Dan marah sangat sebab kalau Forrest biarkan je dia di medan perang, dia boleh mati dengan penuh maruah dan hormat lah kiranya. Cerita yang panjang dipendekkan, akhirnya Lt Dan ni yang sama-sama jalankan bisnes shrimp boat ni. Lt Dan ni memang dah ada skill cuma dia putus asa mula-mula sebab merasakan diri sangat tak berguna. Akhirnya perniagaan mereka memang sangat maju lah. Banyak invest sana sini. Dan Lt Dan pon dah ada kaki palsu! Hero lah balik ye tak. heheh.


------------


 Sebenarnya dalam diri setiap orang ada je potensi untuk berjaya. Cuma kadang-kala tak perasan atau mudah merasa diri serba kekurangan. Mudah putus asa. Come on. We can do better than today!  Everybody deserve for success! Hoyeahh!


4- Support system yang kuat


Forrest Gump ni bagi aku sangat beruntung sebab dia mempunyai mak yang sangat supportive. Sangat menjaga perasaan Forrest Gump ni dan kalau dia nak sampaikan sesuatu, dia sampaikan dengan ayat paling mudah Forrest Gump nak faham.








Dalam satu kotak coklat yang dimaksudkan mak Forrest ni yang berlainan perisa. Ada yang masam, pahit, manis, berkacang dan lain-lain. Nasib-nasib lah termakan yang pahit dulu ke... yang manis dulu ke... tapi nak tahu rasa apa, kena makan dulu. Pengalaman itu yang sebaik-baik pengajaran buat kita. Pahit manis itulah rencah coklat hidup kita. Teruskan kerana itulah yang terindah dan perlu dilalui. Zaman sukar tidak terus menerus. Pasti yang manis itu akan terbit juga. Kalau pahit je... tak lah muncul Bubba Gump Shrimp Co ni. 
Ye tak?


Teruskan melangkah dan 


Keep calm and smile!



No comments: