Tuesday, 28 January 2014

Hidup untuk Memberi

bismillah...





So ya. 
Aku cuba praktikkan. 
Bangun pagi.. solat.
Kemudian berfikir apa aku boleh beri hari ini?


Niat:


1) Senyuman *ini tak perlu keluar sesen pon*
2) Sedekah 
3) Baju-baju lama yang masih elok diberikan kepada anak-anak yatim
4) Kemas rumah tanpa membebel *bahaha. Ini perlu supaya latih diri ikhlas. oh my..*


Dan alhamdulillah..


By the end of the day, 
banyak perkara wonderful terjadi. 


Customer dapat result best,
Customer happy dengan coaching aku,
Customer repeat order,
Dapat penyewa baru yang in shaa Allah dapat jaga rumah aku dengan baik *pray hard*


Dan aku percaya,
Bila kita tersangkut dalam apa jua situasi, 
the best part untuk keluar dari 'kesangkutan' itu adalah dengan
MEMBERI


Apapun,
jika tiada duit,
SENYUMAN


Alangkan tengok Siti Nurhaliza senyum pun dah rasa..
ala manisnya!


Inikan kita yang memberi,
tak ke sejuk hati orang yang memandang. 


Hidup ini bukan semata-mata tentang kita,
diri kita,
BUKAN.


Kehidupan ini sentiasa bersangkut paut.
Sebab itu ther power of MEMBERI itu cukup mantap.


So ya,
Jom setiap pagi bangun dan fikir,
APA AKU BOLEH BERI,
senaraikan,
bukan semata-mata
APA AKU BOLEH DAPAT.







okBai.

No comments: