Wednesday, 22 January 2014

Tempat best: Hello Kitty, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru

Tempat best: Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru


bismillah..


Have you had your shake today?


Salah satu tempat best untuk bersantai terutama bersama anak-anak dan family adalah di Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends yang terletak di Puteri Harbour. Dari bandar Johor Bahru dekat je. Taklah jauh dan.. tiada tol. Almaklumlah kalau di KL, pantang ke mana-mana, mesti singgah jumpa makcik kakcik abang TOL, bagi angpau dulu baru palang terbuka. Kalau tak, sila naik public transport atau duduk diam dalam rumah, buka ipad dan berangan. 


Kiranya dalam satu bangunan tu terletak 3 rumah iaitu Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends. Kalau nak masuk Thomas and Friends je pun boleh, tak perlu masuk ketiga-tiga rumah tu pun takpe. Pembayaran tiket jelah berbeza.






Daniel ni boyfriend Hello Kitty rupanya. 




Ada banyak aktiviti dalam rumah Hello Kitty. Yang ini, kami sedang decorate cookies jadi Hello Kitty dan...


tara...


-


-


-


inilah hasilnya!!!







Nampak sangat tangan tak pro snap gambar. Abaikan. Tapi  kalau korang nak tahu, Hello kitty kaler merah tu... namanya The Evil Hello Kitty. You eat me, i eat you back!


Siap deco, cookies ni boleh makan. Tapi aku rasa sikit jelah. Manis uols. 






Persembahan Hello Kitty bersama boyfriend dan kawan-kawan dia. 



Para emaks yang sangat suka quality time bersama anak atau nama lainnya bagi mereka ini ialah sindrom emakanaktakbolehpisahlamanantibiol








Afiq nangis jurai-jurai air mata sebab tak kenal mummy dia dah kena sumpahan Hello Kitty. Padahal dia pun sama tanpa sedar. -..-'  Lepas buka costume baru kenal. Alalala...Afiq. 







Rumah Hello Kitty ni kiranya lengkap dengan dapur, rest room, bath room, meja solek, almari baju.. tapi semua konsep Hello Kitty. Maka, tersangatlah comel jadinya. Memang bebudak datang sini boleh berangan uols. Mak nya adalah sikit-sikit.






Selain itu, ada juga misi menyelamatkan Hello Kitty yang dikurung. Akan dapat lampu suluh dan kena jawab soalan dan ingat kata kunci. Dalam setiap tempat ada huruf yang perlu dicari supaya dengan huruf tersebut terbentuk satu perkataan yang boleh melepaskan Hello Kitty dari kurungan. Dah siap kumpul huruf, dapat sijil. Aku dapat A! Encik suami dapat B! A tu kiranya semua betul. Ceh. Macam lah terror sangat, padahal hentam je lebih. I'm lucky you know. I'm lucky. Tehehe. *muka berlagak macam nak kena lempang*








Ok kat Thomas and Friends pula, banyak mainan. Disebabkan kami datang waktu hari biasa yang mana tak ramai orang nak berseronok di siang hari, maka kami boleh main sepuas-puasnya segala permainan ini. Tak payah nak beratur bagai. Nak main lama-lama, banyak kali pun tak mengapa. Banyak syok woooo.






I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!




Tudia Barney and Friends! Sangat energetic persembahan ni... Balqis teruja tengok Barney boleh gerak-gerak depan dia. Memang best lah!


So, Sanrio Hello Kitty Town, Thomas and Friends, Barney and Friends di Johor Bahru ni sangat recommended to all of you. Cuma kalau pergi hujung minggu, selamat bersabar menunggu giliran masuk, giliran nak main permainan, giliran nak masuk toilet.. eh? Yup. Memang ramai. Haa.. kalau nak
 bersenang-lenang-lenggang-kangkung, datang hari biasa macam kami pergi ni. 


Serius bestttt!





No comments: