Tuesday, 25 February 2014

TIPS KURUS 6: EAT CLEAN

TIPS KURUS 6: EAT CLEAN itu bagaimana?


Bismillah...







Situasi 1: Aku tak Percaya....Cinta.


Farid: Yang, penimbang ni rosak lah. Apsal tambah 4 kg ni?
Mimie: Ok, ayang try timbang.

*selepas timbang dengan Cinta iaitu nama manis bagi penimbang Tanita kami*

Mimie: Peh. Memang rosak! Ayang pon tambah 3 kg! aaa. Sah rosak!

Cinta: Pehhhh..




Situasi 2: Ini tidak adil.. Ini tidak adil.


Mimie: Abang, mak masak sedap ketam lemak cili padi ni. Macam mana nak berhenti?
Farid: hmm.. 
Mimie: Ish. Sedap betul. Macam mana nak berhenti?
Farid: hmm...
Mimie: Aaaaa.... Gemuk nanti!
Farid: hmm...
Mimie: Tula... kau sedap sangat kenapa ketam lemak cili padi? Kan dah 7 ekor aku baham. Kau ni memang suka aku gemuk kan? kan? Yang kau senang kena tangkap kenapa? Cuba lari kuat sikit. Kan dah mak aku masak kau.. blablabla..

Roh Ketam masak lemak cili padi: Ini tidak adil... Ini tidak adil...


Dan selepas penat menyalahkan Cinta dan roh ketam yang dah kesedihan, maka kami mengambil keputusan untuk Eat Clean. Pernah dengar?








Nampak macam susah eat clean ni. Tapi senang sangat nak sediakan. Banyak mana sekali hadap?


Begini! Tara!








Biasa aku guna sikit minyak rambut zaitun dan campak sikit black pepper je. Kalau nak makan ayam, setapak tangan sahaja. Kalau nak ikan, pun sama. Bukan bermakna dalam satu meal ada ikan, ayam dan daging ye. Memang berdaging kita lepas tu. Hakak tak tau. haa.


Nak kurus tapi malas kira kalori? Haa amalkan eat clean ni. Simple! Tapi ada lagi beberapa perkara lagi perlu dititik beratkan. Apa dia?


hmmm.. Next entry lah. Ini budak Balqis sudah buat-buat nangis nak minta layanan. Aih aih. Jadi ibu kena  banyak sabar. Tarik nafas.. hembus. Eh tak sempat. Dia dah dah nangis kuat!!!


Ok Bai!


Pssst!! Jom main campak-campak ala-ala masterchef! Eat clean yok!


Harta dan Rezeki

Bismillah...



So ya.
Ada kala kita rasa macam 
Peh, kau ni enjoy je aku tengok.
Peh, kau ni tidur je dalam kelas tapi untunglah dean list.
Peh, untunglah mak bapak kau bagi kereta masa belajar.
Peh, untunglah kau dapat kerja hebat.
Peh, untunglah kau mak bapak kau sponsor kahwin.
dan peh  lagi... dan peh lagi... dan peh lagi.


It won't stop.


Manusia susah nak berhenti berkata. 


Darilah wang ringgit, sampai lah ke plastik bag jenama apa, 
orang tetap cari gali.


Tapi yang perlu tahu, disebalik segala yang berlaku,
it takes struggles, 
it takes hardship.


If kita nak sesuatu, 
USAHA.


Kalau nak pandai, belajar lah. Fokus.
Kalau nak berduit, guna seberapa yang kita ada untuk berbisnes.
Walau hanya bermula hanya kecil-kecilan.
Kalau nak happy, belajar jadi happy.


Bukan terus menyalahkan orang, menyalahkan takdir.


Setiap orang ada kesukaran yang tersendiri. 
Tak semua kita tahu,
Tak semua kita boleh baca.


Belajar menghargai apa yang kita ada walau sekeping duit 5 sen pun. 


Dan,


Harta kita belum tentu rezeki kita. 


Beli baju tapi adik yang pinjam dan pakai.
Beli kereta tapi isteri yang pakai.
Beli set pinggan mangkuk tapi mak yang pakai.
Beli TV tapi ayah yang tengok.


Redha. 
Niatkan membantu. 
InshaaAllah Allah bagi lebih lagi kat kita. 
Lagi cantik, lagi berharga,
dan dari arah yang kita tak tahu.


Rezeki itu kerja Tuhan.
Kita buat kerja kita.
Dengan cara paling baik.



Allah swt berfirman,
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. 65:3)







Sunday, 23 February 2014

Konpius... Konpius

Bismillah...







Korang-korang yang dah mak mak bapak bapak sekelian, yang makcik hakak sedara, pun boleh.. 


Begini, aku lebih suka anak aku panggil aku IBU. Tapi kan, disebabkan banyak kali dia dengar sekeliling dia panggil aku MI atau MIMIE, so dia pun ikut panggil aku MI. -..-'


Adakah aku perlu terus mengajar panggilan IBU?


atau mengikut si anak dengan gelaran MI?


Setidak-tidaknya..


MUMMY atau UMMI.


Iye tak?


Hmmm.. Apa pandangan korang?


ohhhh dilema. -..-'




Saturday, 15 February 2014

Jalan Tegak

bismillah...







Untuk korang yang ingin berolahraga dengan cara jalan cepat, jangan dilupakan teknik jalan tegak ni. Bila dah dapat keseimbangan, barulah dapat memecut dengan cara berjalan. Tapi entry kali ini bukan jalan tegak ini yang aku nak ceritakan kat uols.


Hmm... disebabkan aku orang Johor, tegak bermakna lurus atau straight. 






Tegak yang dimaksudkan adalah hala tuju. Bukan juga tegak yang bermaksud pilihan samada straight atau gay. Bukan ye. Itu straight lain. haip!


Dan aku ingat semua orang boleh faham mengenai Tegak ini. 


Alkisah aku dan Ili. Budak KL. 


Ili: Weh, kau tau jalan pergi Alamanda ni tak?

Aku: Tau lah. Ko tegak je ikut jalan ni.

Ili: Tegak?

Aku: Tegak je sampai 200 meter, belok kiri. Lepas tu ko tegak lagi.

Ili: Tegak lagi?

Aku: Iye... tegak je.. tak jauh dah nanti nampak Alamanda belah kanan. Nanti lepas tu ada traffic light, kita ke kanan.. tegak sikit sampai masuk parking laaa...

Ili: Ko ni, tegak tegak. Jangan mencarut boleh tak?

*sambil berdekah dia gelakkan aku*

Aku: Peh..



Aku tak tau apa Ili suka sangat berdekah pasal Tegak. Tegak apa yang dia fikir, jangan korang nak join sekaki! Hakak sebat nak!


So lepas ni jumpa orang Johor bagi direction tegak, sila tajamkan otak dan fokus tegak adalah lurus!
 ^.-/







Monday, 10 February 2014

TIPS TIDAK TIDUR DALAM KERETA

TIPS TIDAK TIDUR DALAM KERETA 


Bismillah...








Tanpa waze atau GPS dah sampai ke destinasi wajib-pergi, silalah tidur semasa memandu. Destinasi wajib-pergi tu ha.. Batu Dua. Parking khas punya, 7 kaki dalam. 


Oh ya tuan puan, tips kali ini khas untuk peneman driver, yang duduk sebelah terutamanya kan, supaya tidak tidur dalam kereta semasa meneman pemandu. Bukan apa, nak kasi driver tak mengantuk kena drive 3-4 jam, peneman sebelah lah kena jadi cheer leader 
"yo drive! yo drive!" 


Antara tips tidak tidur dalam kereta yang aku boleh suggest:


1) Minum teamix Herbalife pekat sikit. Bagi driver minum, korang pun minum sekali ok. Barulah sehati sejiwa. Sweet muwet gitu. 


2) Bagi yang suami isteri tu..apakata berlagak bagai kekasih baru kenal. Macam pertama kali keluar dating kan. Kan kemaen borak panjang. Kalau berlagak suami isteri, ada bini sebelah tidur ternganga laki sebelah drive boring je. Kesian. Ish


3) Pilih jalan kampung tak payah lalu highway. Tak percaya. Cubalah cuba. Dengan sedikit perbualan sang hati:


 Setan : Ada hantu kat celah pokok hoi!

Jiwa nurani : Mana ada. Bising lah kau ni setan. Shhhh..


Dan lebih membuntang si anak mata bila suami ada sindrom 'bengapkanankiriphobia'. 








Bini: Sayang waze ni kata belok kanan.

*jalan sunyi sepi takde sebiji kereta pun*

Suami: Ok. Tau. Abang dengar waze tu cakap apa.

Bini: Ok cakap je ingatkan. Depan tu simpang 3. 

Suami: Ye tau... *dengan yakin dan machogo (macho + ego)*

Dalam 3 saat kereta terus meluru ke KIRI. Sekali lagi. KIRI. 

Bini: Peh... 


Memang bikin panas hati walau gelap. Terus rasa terang benderang mata sikit lagi jadi naga.  Maka, bawak-bawak la mengucap.


Siapa dapat driver cenggini.. tahniah diucapkan. Memang incik akak driver berjaya buat si relaks di sebelah tidak tidur! Taktik last memang terbaik. Untung laaa siapa ada sindrom ni. -..-'

Hmmmph!







Saturday, 8 February 2014

Almost Famous!

bismillah...





Ok. Cuba ayah teka apa Balqis order untuk ayah harini?


 Teka lah teka lah!



-


-


-






Green mini burger for you ayah! Dengan harapan makan dengan sedar diri. Kaler hijau tu hijau. Beringat Herbalife tu sikit. -..-'


Omnomnom. Memang nice lah mini burger ni. Kalau burger yang besar, kaler pink. Sweet kan? 


Next time pulak aaa burger pink tu ye.


Anyway, Meh la bawak korang jenjalan sikit sekitar kedai cantik ni.






Klasik dan colorful kan kedai ni. Memang tempat nak santai cool chill relaks tenangkan jiwa raga..haa datang sini. 


Nama kedai ni Almost Famous. Terletak di Jalan Dhobi. Dekat je dengan bazar karat tu. 


Oh Almost Famous ni kat Johor Bahru ye kawan-kawan.


Pergilah try!


Burp. Dah makan beger comel cecantik tu memang balik aku sental dengan Teamix Herbalife light light je. Yumss!!




Thursday, 6 February 2014

Asiah Wanita Pilihan

bismillah...







Salam Jumaat semua.


Tak banyak tentang Asiah yang aku tahu. Cuma tahu yang:


1) Isteri kepada Firaun
2) Taat kepada Allah 
3) Menjaga nabi Musa 


Memang tak banyak pun. -..-' 


Lepas tengok Al-Hidayah tadi baru aku dapat gambarkan dengan indah tentang Asiah. Antaranya:



1) Seorang wanita yang cantik


Firaun mestilah selera nak tinggi. Pastinya Asiah sangat cantik menawan. Pandai jaga diri dan keterampilan.



2) Tidak mudah mengeluh dan penuh kesabaran


Asiah diuji dengan dahsyat perihal suaminya. 


Jika kita baru diuji dengan suami tak belikan bunga masa birthday, tak beri rantai cantik Pak Habib, tak seromantik seperti apa kita nak.. tak faham kita macam apa kita nak dorang faham,
 well just look at Asiah. Dahsyat lagi suami dia kan?


Apapun yang kita hadapi, sabar. Sabar seperti Asiah.


Pasti ada ganjaran yang Allah akan beri. Just put our trust in Allah. 



3) Tidak mudah terpengaruh


Walau duduk di istana yang selesa, namun Asiah tetap memilih untuk Allah. Diberi pilihan samada tinggal mewah di istana atau Allah, Asiah teguh memilih Allah. Dan terus ditimpakan batu ke atasnya. *sad* 
How strong Asiah ni.  Maa Shaa Allah.







Apapun, be strong everybody.
Be strong seperti Asiah! *fighting*






Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..



bismillah...


Jom join segmen ni. Moga bertambah ukhwah sesama kita. Nasib baik tempoh dipanjangkan lagi sampai 28 Feb 2014. Maka sempat lagi uols join ni. Jom! klik  SINI untuk join. 







Good luck tau!


psst: yang dah follow tu, korang tinggalkan jejak kat shoutbox ok. Situ lagi mudah nak follow korang semula. ^^/


Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :


Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :
Actually ni pertama kali nak join giveaway. Hadiah tu bonus. Tapi yang penting dapat tambah kenalan-kenalan blogger gitu. Maklumlah baru nak join rukun tetangga dunia blogger gitu. heheh. 


ok bai!


Tuesday, 4 February 2014

Menternak 2 paket tepung gandum!

bismillah...


Tak menulis beberapa hari je dah rasa ketat mulut hati aku nak membebel. Asal taip je.. jari laju je tekan 'backspace' balik. Ish. Ini sindrom "hatiketatotaklembabseriustakretibebel" tak boleh dibiarkan lama. Nak buang sindrom ni, hari-hari kena belog ye Mimie oi. -.-'


Haa...disebabkan bila duduk rumah mak mertua ni, rezeki pulak dapat mak mertua rajin masak, kedaung jugak diet aku selama ni. Makan makan makan sampai lebam. Nak tolak segan. Ada elok makan ketam masak lemak jadi makan hati pekasam jadinya. Ish. 


Pagi macam biasa akan shake sebab shake aku dah confirm siap terhidang buah hati pengarang jantung a.k.a incik suami buatkan tetiap pagi. Nak kasi bini lawo katakan. Bahaha.Hmm. Love you sayang. Tapi, elok sebelah shake aku tu.. jemput-jemput udang pepai pulak. Mak aih.


Antara


Shake...


dan


 Jemput-jemput udang pepai..


Setengah jam lepastu,


"Mie, ketam masak lemak dah siap."


Peh...


"Lauk paprik pun ada sekali ni"


Peh...


Heaven!


Adakah tuan puan mempunyai cara paling nice menolak segala makanan kegemaran tuan puan sekelian?
Err.. menolak dengan mak mertua? 
Ada cara paling nice tolong share kat aku please! -..-'


Dua jam lepas tu,


"Mie, pisang goreng dah masak. Mak letak atas meja ni"


Oh Tuhan. Dugaan ini indah sekali. Kejadian ini berkali-kali berlaku dengan menu yang berbeza. omnomnom.


Maka, ada aku timbang berat naik 2 kilo sebulan! Mak aih. 2 kilo ok! 2 paket tepung gandum dah beranak kat dalam badan aku. Aish. Patut laaa tepu je nak taip blog. Jari nak menggemok agaknya. Haha. Ini lebih.


ok lah. Back to basic. So harini aku dah start shake tapi bersenam dulu ikut Samantha si jelita yang sangat fit. Dia ni Fitness Expert kat Herbalife. Ada penah aku jumpa dia kat event sebelum ni, dia tunjuk gambar before after dia pregnant kembar 3. Oh mak aih. Kembar 3 ok. Bayangkan besar gila perut pastu nak turun punyalah...HMMMMPPHH... Nasib ada Herbalife. Pembantu tegar.







Kasi chance la aku dating dengan Samantha ni. Bagi buang 2 paket tepung tadi tu. Baru nak bersenam, shake dah siap buat dulu ea. Iyalah. Kena nampak ganjaran dulu baru nak buat. Shake sedap vanila dengan epal memang terbaik. Dah penat, sedut terus shake tu haa. 


 Korang pun boleh cuba buat. Ada je senaman dia yang senang nak buat. Boleh search Samantha Clayton Herbalife di Youtube.


Oh ya. Setakat ini, cara menolak paling baik adalah makan sikit tapi berulang kali dan lebihkan minum air masak. Well, sebab aku menyusu badan, 500 kalori dah memang tertolak sendiri. Nasiblaaa kan. Yang lain kena inisiatif tambah sendiri senam-senam tu selain bershake! 


Hmm. 2 kilo je. Sat gi hilang la tu Samantha dah tolong iols!