Tuesday, 25 February 2014

Harta dan Rezeki

Bismillah...



So ya.
Ada kala kita rasa macam 
Peh, kau ni enjoy je aku tengok.
Peh, kau ni tidur je dalam kelas tapi untunglah dean list.
Peh, untunglah mak bapak kau bagi kereta masa belajar.
Peh, untunglah kau dapat kerja hebat.
Peh, untunglah kau mak bapak kau sponsor kahwin.
dan peh  lagi... dan peh lagi... dan peh lagi.


It won't stop.


Manusia susah nak berhenti berkata. 


Darilah wang ringgit, sampai lah ke plastik bag jenama apa, 
orang tetap cari gali.


Tapi yang perlu tahu, disebalik segala yang berlaku,
it takes struggles, 
it takes hardship.


If kita nak sesuatu, 
USAHA.


Kalau nak pandai, belajar lah. Fokus.
Kalau nak berduit, guna seberapa yang kita ada untuk berbisnes.
Walau hanya bermula hanya kecil-kecilan.
Kalau nak happy, belajar jadi happy.


Bukan terus menyalahkan orang, menyalahkan takdir.


Setiap orang ada kesukaran yang tersendiri. 
Tak semua kita tahu,
Tak semua kita boleh baca.


Belajar menghargai apa yang kita ada walau sekeping duit 5 sen pun. 


Dan,


Harta kita belum tentu rezeki kita. 


Beli baju tapi adik yang pinjam dan pakai.
Beli kereta tapi isteri yang pakai.
Beli set pinggan mangkuk tapi mak yang pakai.
Beli TV tapi ayah yang tengok.


Redha. 
Niatkan membantu. 
InshaaAllah Allah bagi lebih lagi kat kita. 
Lagi cantik, lagi berharga,
dan dari arah yang kita tak tahu.


Rezeki itu kerja Tuhan.
Kita buat kerja kita.
Dengan cara paling baik.



Allah swt berfirman,
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. 65:3)







No comments: