Tuesday, 4 February 2014

Menternak 2 paket tepung gandum!

bismillah...


Tak menulis beberapa hari je dah rasa ketat mulut hati aku nak membebel. Asal taip je.. jari laju je tekan 'backspace' balik. Ish. Ini sindrom "hatiketatotaklembabseriustakretibebel" tak boleh dibiarkan lama. Nak buang sindrom ni, hari-hari kena belog ye Mimie oi. -.-'


Haa...disebabkan bila duduk rumah mak mertua ni, rezeki pulak dapat mak mertua rajin masak, kedaung jugak diet aku selama ni. Makan makan makan sampai lebam. Nak tolak segan. Ada elok makan ketam masak lemak jadi makan hati pekasam jadinya. Ish. 


Pagi macam biasa akan shake sebab shake aku dah confirm siap terhidang buah hati pengarang jantung a.k.a incik suami buatkan tetiap pagi. Nak kasi bini lawo katakan. Bahaha.Hmm. Love you sayang. Tapi, elok sebelah shake aku tu.. jemput-jemput udang pepai pulak. Mak aih.


Antara


Shake...


dan


 Jemput-jemput udang pepai..


Setengah jam lepastu,


"Mie, ketam masak lemak dah siap."


Peh...


"Lauk paprik pun ada sekali ni"


Peh...


Heaven!


Adakah tuan puan mempunyai cara paling nice menolak segala makanan kegemaran tuan puan sekelian?
Err.. menolak dengan mak mertua? 
Ada cara paling nice tolong share kat aku please! -..-'


Dua jam lepas tu,


"Mie, pisang goreng dah masak. Mak letak atas meja ni"


Oh Tuhan. Dugaan ini indah sekali. Kejadian ini berkali-kali berlaku dengan menu yang berbeza. omnomnom.


Maka, ada aku timbang berat naik 2 kilo sebulan! Mak aih. 2 kilo ok! 2 paket tepung gandum dah beranak kat dalam badan aku. Aish. Patut laaa tepu je nak taip blog. Jari nak menggemok agaknya. Haha. Ini lebih.


ok lah. Back to basic. So harini aku dah start shake tapi bersenam dulu ikut Samantha si jelita yang sangat fit. Dia ni Fitness Expert kat Herbalife. Ada penah aku jumpa dia kat event sebelum ni, dia tunjuk gambar before after dia pregnant kembar 3. Oh mak aih. Kembar 3 ok. Bayangkan besar gila perut pastu nak turun punyalah...HMMMMPPHH... Nasib ada Herbalife. Pembantu tegar.







Kasi chance la aku dating dengan Samantha ni. Bagi buang 2 paket tepung tadi tu. Baru nak bersenam, shake dah siap buat dulu ea. Iyalah. Kena nampak ganjaran dulu baru nak buat. Shake sedap vanila dengan epal memang terbaik. Dah penat, sedut terus shake tu haa. 


 Korang pun boleh cuba buat. Ada je senaman dia yang senang nak buat. Boleh search Samantha Clayton Herbalife di Youtube.


Oh ya. Setakat ini, cara menolak paling baik adalah makan sikit tapi berulang kali dan lebihkan minum air masak. Well, sebab aku menyusu badan, 500 kalori dah memang tertolak sendiri. Nasiblaaa kan. Yang lain kena inisiatif tambah sendiri senam-senam tu selain bershake! 


Hmm. 2 kilo je. Sat gi hilang la tu Samantha dah tolong iols! 





No comments: