Monday, 10 February 2014

TIPS TIDAK TIDUR DALAM KERETA

TIPS TIDAK TIDUR DALAM KERETA 


Bismillah...








Tanpa waze atau GPS dah sampai ke destinasi wajib-pergi, silalah tidur semasa memandu. Destinasi wajib-pergi tu ha.. Batu Dua. Parking khas punya, 7 kaki dalam. 


Oh ya tuan puan, tips kali ini khas untuk peneman driver, yang duduk sebelah terutamanya kan, supaya tidak tidur dalam kereta semasa meneman pemandu. Bukan apa, nak kasi driver tak mengantuk kena drive 3-4 jam, peneman sebelah lah kena jadi cheer leader 
"yo drive! yo drive!" 


Antara tips tidak tidur dalam kereta yang aku boleh suggest:


1) Minum teamix Herbalife pekat sikit. Bagi driver minum, korang pun minum sekali ok. Barulah sehati sejiwa. Sweet muwet gitu. 


2) Bagi yang suami isteri tu..apakata berlagak bagai kekasih baru kenal. Macam pertama kali keluar dating kan. Kan kemaen borak panjang. Kalau berlagak suami isteri, ada bini sebelah tidur ternganga laki sebelah drive boring je. Kesian. Ish


3) Pilih jalan kampung tak payah lalu highway. Tak percaya. Cubalah cuba. Dengan sedikit perbualan sang hati:


 Setan : Ada hantu kat celah pokok hoi!

Jiwa nurani : Mana ada. Bising lah kau ni setan. Shhhh..


Dan lebih membuntang si anak mata bila suami ada sindrom 'bengapkanankiriphobia'. 








Bini: Sayang waze ni kata belok kanan.

*jalan sunyi sepi takde sebiji kereta pun*

Suami: Ok. Tau. Abang dengar waze tu cakap apa.

Bini: Ok cakap je ingatkan. Depan tu simpang 3. 

Suami: Ye tau... *dengan yakin dan machogo (macho + ego)*

Dalam 3 saat kereta terus meluru ke KIRI. Sekali lagi. KIRI. 

Bini: Peh... 


Memang bikin panas hati walau gelap. Terus rasa terang benderang mata sikit lagi jadi naga.  Maka, bawak-bawak la mengucap.


Siapa dapat driver cenggini.. tahniah diucapkan. Memang incik akak driver berjaya buat si relaks di sebelah tidak tidur! Taktik last memang terbaik. Untung laaa siapa ada sindrom ni. -..-'

Hmmmph!







3 comments:

Zara Nurhaidah said...

erk ?? zara prefer tips no.2 tuu ntuk elakkn bosan masa mmndu.. haahah

mimie farid said...

hahah. try lah yang no 3. Adventure sikit.

N.A.T said...

heheh ... Nat g mana-mana tak suka jadi driver .. sebab tukang teman Nat pasti akan tidur taks edar diri ...

Nat selalu jadi co pilat jer .. alasan Nat pandai tengok Map .. heheheh