Thursday, 20 March 2014

Tahniah pejuang SPM dan STPM

Bismillah...


Salam Jumaat semua. 


Tahniah buat semua yang berjaya mengharungi SPM dan STPM. Akak abang hensem bernama A itu hadiah permulaan buat kalian. Suatu masa nanti akak abang hensem ini akan tua juga. Dimana 10 tahun nanti akak abang hensem ini tak membuat hati korang berbunga lagi yang mana korang bersedialah menginap rumah sewa yang untung-untung dapat share dengan kawan. Kalau sorang, kopak juga wang kalian. Hewhew. Belum dikira wang diberi kepada emak ayah, wang diberi kepada tokei kedai kereta, wang diberi kepada tokei baju.. Ish banyak lagilah wang  yang perlu diberi kepada dot dot dan dot dot. 


Ini permulaan kalian bersama akak abang hensem bernama A. Yang tak dapat bersama A pun tak mengapa. Korang dah berusaha kan?


Jadi, tahniah atas stress belajar, stress tak faham cikgu ajar apa, stress belajar sampai pagi tapi at last korang fight masa exam. 


Ini permulaan tau. 


Terlalu banyak lagi hal duniawi yang korang perlu fight untuk kebaikan dunia akhirat. Banyak sangat. Banyak wooo. 


Untuk itu, korang teruskan semangat juang korang sampai bila-bila. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu jangan berputus asa ok. 


Good luck uols!!! 

Monday, 10 March 2014

Kehilangan MH370 masih Misteri

bismillah...







Tonton sepenuhnya di (SINI)


Malam tadi sempat aku menonton temu ramah yang ini. Dan aku rasa paling menyejukkan hati dan paling tenang, paling dekat di hati lah kiranya komen dan pandangan yang diberikan oleh Kapten Norudin Abd Majid ni. Selama 3 hari (semalam) MH370 hilang, dan ini paling powerful statement aku rasa. 


Allahuakbar!


Jujurnya memang terasa sebak di hati mengenai kehilangan MH370.


Doa dari orang yang soleh dan keluarga.. doa dengan penuh emosi.. kunci. Semoga kita sama-sama doakan yang terbaik, pesawat dijumpai, hindarkan spekulasi. 


#prayforMH370








Friday, 7 March 2014

Pesawat MAS Hilang

bismillah...






Terdengar berita ini terus speechless.


 Macam-macam cerita keluar. Apapun, berita baik atau buruk, sebelum dapat berita yang sebenar ni, aku doakan yang terbaik buat semua isi pesawat. 


#prayforMH370



Thursday, 6 March 2014

Sabarlah Sabar

bismillah...








Kerja menggila, OT berejam, happy dah ni hujung bulan gaji berkepuk,
tetiba cermin kena pecah, enjin tak hidup, tayar pancit... 
Pehhh...


Nak exam, stay up sampai mata manusia bertukar mata panda, 
aleh aleh soalan keluar macam besar kecik besar kecik mata,
nak menyumpah, dalam dewan kena senyap..
Pehh...


Bercinta i sayang u, u sayang i sorang je, 
Beli coklat, beli bunga, beli masa, beli detik, 
Eh rupanya dalam diam si dia ada orang lain...
Pehh...


Kita cakap elok-elok,
harap orang hormat,
tetiba respon orang tu menyakitkan hati,
Ini pun Pehh jugak...


Nak kata musibah ke tak ni?


Cerita kat kawan, 
Kawan kata SABARLAH...


Cerita kat emak,
Emak kata SABARLAH...


Cerita kat bapak,
Bapak kata SABARLAH...


Tak ke pehhh itu.
Itu memang Pehh. 


Ingat senang nak sabar ni? 
Aku tengah panas ko suruh sabar. 
Ish.
Ish.
Ish.


Well...


Musibah ni bagai NO CHOICE, i have to admit. 
Semua orang ada turn masing-masing.
Macam roda hamster tu.
Pusing-pusing at last jumpa juga signage MUSIBAH.


Sabarlah sabar.
Sabar ni macam duduk tegak, tarik nafas dalam-dalam, pejam mata...


Terima. 
Terima musibah yang no choice aku kena lalui ni. 


Orang bercakap, orang maki, orang ejek.
I can't control them.
BUT, i can control myself.


Sabarlah sabar.


Dalam masa sabar itulah,
kita menangis dalam hati,
menangis sorang-sorang macam nak tampal kat pintu bilik


"Haip, Jangan kacau. Penghuni bilik perlukan KETENANGAN. Shuuuuhhh"


Dalam masa menangis itulah,
Hati kita dekat sangat dengan Allah.
Masa inilah no one can help, except Him.
Masa inilah kita menangis dalam solat dan doa,
Masa inilah kita bercakap dengan Tuhan kita yang Satu,
Masa inilah kita sebenarnya khusyuk dalam solat kita.
Masa inilah.
Ya. Masa inilah kita lebih dekat dengan Allah.


Bukan ke best tu. 
Masa inilah kita nak faham situasi apa yang sedang kita lalui.
Masa inilah sel-sel kita nak serap suasana sekitar yang perlu kita hadapi.


Proses penerimaan itulah sebenarnya
SABAR.


dan seterusnya
COOL. Bukan beku. Bukan dingin.
Tapi
TENANG.


Alhamdulillah.


Allah beri musibah sebab Dia sayang.
Nak jugak kita bercinta dengan Dia. Iye tak?



“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].



So lepas ni bila musibah melanda,
Jangan anggap macam ni


aaaaa segan! aaaaa sedih! aaaaa malu! aaaaa jahatnya semua orang! aaaaa habis duit aku! aaaaa aku gagal!


Tapi anggap musibah sebagai 
Inspirasi untuk kita lebih berjaya,
Lebih menjadi orang.
Lebih kuat,
Lebih menghargai dan dihargai manusia.



Be the best of us. Hari ini. Hari esok. Dan seterusnya.



Wednesday, 5 March 2014

Panas dan Ais

bismillah...






Cuaca sekarang panas betul sehinggakan dalam aircond pun berpeluh. Acane tu. Lagilah si kecik Balqis ni. Hmmm.. asal tidur, kepala dia confirm membasahkan tilam. Dalam mamai pun hidung aku kembang kempis kadang nak hidu, air kencing kah, atau air peluh kah dari si kecik ni. Ok. Air peluh je, so wangi. Wangi syurga gitu. ekekeke. 


No choice. Perlu minum air masak banyak. Sesekali sikit-sikit minum air sejuk berais di tengahari terik atau di malam-malam buta itu, boleh lah. Tapi memang air masak atau air mineral lah yang memang terpenting sekarang ini.


Jaga diri, jaga kesihatan ye uols! 




Tuesday, 4 March 2014

Cat Eye!

bismillah...





Sumber: Mr Google. Akibat lupa nak snap gambar air sejuk sedap dingin ke tekak ini.



Alkisah di majlis perkahwinan adik ipar aku beberapa hari lepas. Musim panas sekarang sekali dihidang air sejuk berais memang sekejap je dah licin disebat para tetamu. Sepatutnya perlu diletak satu tanda amaran:


BERJAGA-JAGA: AIR SEJUK INI MENGUNDANG BAHAYA


Aish. Tapi dah cuaca panas, memang air sejuk begini lah dicari manusia. Aku pun tak ketinggalan! Tapi lepas tu terkedek-kedek cari air masak semula. Minum banyak-banyak. Tak mahu perit tekak punya pasal. 


Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan buat uols. 


Ketika majlis, datang tetamu yang bukan berasal dari Malaysia. Maka perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris untuk kefahaman beliau. Beliau memang teruja dengan Majlis Perkahwinan melayu ini. Mungkin dari adat yang berbeza, susun atur majlis yang berbeza, kaum yang datang pelbagai, dan makanan minuman yang juga bermacam jenis.


Aku yang pada ketika itu agak sibuk menyiapkan air sirap bandung soda buat VIP merangkap keluarga pihak pengantin perempuan, terdengar perbualan ini. Aku anggap pakcik aku itu gelabah tak sempat nak fikir apa jawapan sebenar lebih-lebih cuaca panas mudah buat orang blank dan stuck. Ekekeke.







Tetamu: What is this?

Pakcik: This is Nasi Minyak. You can try. 

Tetamu: What about this?

Pakcik: This is Cat Eye. Err. Eye Cat! Errr. Cat Eye drink! 

Tetamu: Ooohh.


Ini sah gelabah bercampur blank. Ekekeke. Nasi minyak tak pulak diubah ke OIL RICE. 



***********************************


Oh well, apapun cuaca, ribut dan taufan, panas dan sejuk, air tersedap buat Balqis tetap ini. -..-'


Iye. Ini.








Kat mana-mana pun jadi. Mudah dan ringkas. 8 bulan lagi untuk genapkan 2 tahun. 


Fight! Fight! Ibu Mimie!


eceh!