Tuesday, 4 March 2014

Cat Eye!

bismillah...





Sumber: Mr Google. Akibat lupa nak snap gambar air sejuk sedap dingin ke tekak ini.



Alkisah di majlis perkahwinan adik ipar aku beberapa hari lepas. Musim panas sekarang sekali dihidang air sejuk berais memang sekejap je dah licin disebat para tetamu. Sepatutnya perlu diletak satu tanda amaran:


BERJAGA-JAGA: AIR SEJUK INI MENGUNDANG BAHAYA


Aish. Tapi dah cuaca panas, memang air sejuk begini lah dicari manusia. Aku pun tak ketinggalan! Tapi lepas tu terkedek-kedek cari air masak semula. Minum banyak-banyak. Tak mahu perit tekak punya pasal. 


Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan buat uols. 


Ketika majlis, datang tetamu yang bukan berasal dari Malaysia. Maka perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris untuk kefahaman beliau. Beliau memang teruja dengan Majlis Perkahwinan melayu ini. Mungkin dari adat yang berbeza, susun atur majlis yang berbeza, kaum yang datang pelbagai, dan makanan minuman yang juga bermacam jenis.


Aku yang pada ketika itu agak sibuk menyiapkan air sirap bandung soda buat VIP merangkap keluarga pihak pengantin perempuan, terdengar perbualan ini. Aku anggap pakcik aku itu gelabah tak sempat nak fikir apa jawapan sebenar lebih-lebih cuaca panas mudah buat orang blank dan stuck. Ekekeke.







Tetamu: What is this?

Pakcik: This is Nasi Minyak. You can try. 

Tetamu: What about this?

Pakcik: This is Cat Eye. Err. Eye Cat! Errr. Cat Eye drink! 

Tetamu: Ooohh.


Ini sah gelabah bercampur blank. Ekekeke. Nasi minyak tak pulak diubah ke OIL RICE. 



***********************************


Oh well, apapun cuaca, ribut dan taufan, panas dan sejuk, air tersedap buat Balqis tetap ini. -..-'


Iye. Ini.








Kat mana-mana pun jadi. Mudah dan ringkas. 8 bulan lagi untuk genapkan 2 tahun. 


Fight! Fight! Ibu Mimie!


eceh!



2 comments:

Wan Maruzen Wan Husain said...

singgah sini...:)

Nurhazlin Hussein said...

Opssssss cat eye drink ? Hahaha . Ngeri nak minum >.<