Thursday, 20 March 2014

Tahniah pejuang SPM dan STPM

Bismillah...


Salam Jumaat semua. 


Tahniah buat semua yang berjaya mengharungi SPM dan STPM. Akak abang hensem bernama A itu hadiah permulaan buat kalian. Suatu masa nanti akak abang hensem ini akan tua juga. Dimana 10 tahun nanti akak abang hensem ini tak membuat hati korang berbunga lagi yang mana korang bersedialah menginap rumah sewa yang untung-untung dapat share dengan kawan. Kalau sorang, kopak juga wang kalian. Hewhew. Belum dikira wang diberi kepada emak ayah, wang diberi kepada tokei kedai kereta, wang diberi kepada tokei baju.. Ish banyak lagilah wang  yang perlu diberi kepada dot dot dan dot dot. 


Ini permulaan kalian bersama akak abang hensem bernama A. Yang tak dapat bersama A pun tak mengapa. Korang dah berusaha kan?


Jadi, tahniah atas stress belajar, stress tak faham cikgu ajar apa, stress belajar sampai pagi tapi at last korang fight masa exam. 


Ini permulaan tau. 


Terlalu banyak lagi hal duniawi yang korang perlu fight untuk kebaikan dunia akhirat. Banyak sangat. Banyak wooo. 


Untuk itu, korang teruskan semangat juang korang sampai bila-bila. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu jangan berputus asa ok. 


Good luck uols!!! 

3 comments:

Aisyah Az said...

tahniah akak.. we'll fight for our future.. <3

mimie farid said...

Chayok dear. Fight kuat-kuat hokei. =)

Ahmad Zaki said...

Tahniah kepada semua. Jatuh sekali bangun lagi. Jgn mengalah. =)

ZH Blogger