Sunday, 27 April 2014

Manjakan diri

Bismillah...








Ye. Akhirnya mengakui umur semakin muda eh matang eh lebih-lebih lagi bila sentiasa dengan anak.. Aku memang memerlukan urutan. Nak full body massage tak sempat, maka cukuplah dengan foot massage. Padahal zaman sebelum kahwin memang tak lah nak bagi orang urut-urut ni. Geli ouch gitu. Well, kena terima. Masa berubah. Dan i need something to release all muscle pain selain Herbalife shake kesayangan. Amboi kan... 








"Takpe. Ibu massage lah. Qis tolong reply messages customers ibu k. Don't worry i'm here." 


Untunglah ada anak setahun lima bulan boleh take over kerja ibu as wellness coach ye. Hehehe. 


Ok la jugak foot massage di Dr Soho ni. Rm32 untuk 30 minit. 


Cerita tentang massage ni, teringat di Bangkok. Teruja tu nak massage kat sana. Thai massage la katakan. Tapi kalau korang ke sana, nak massage kat spa atau kedai tepi jalan, hati-hati. Sebab diaorang ni tak betul-betul massage pun. Main ngelat lebih. Yang patutnya urut pakai tangan, diaorang pakai kaki je. -..-' tak patut betul. Request perempuan untuk massage, tengah massage orang tu tergelak rupanya bapuk! Oh my! Oh my! Yang ini terjadi kat kawan aku. Bahaha. Harga memanglah murah. Tapi berjaga-jaga jelah ye. Nak yang betul-betul massage, dekat hotel. Ada 2 buah hotel aku pergi, so far ok sangat. Gambar atas sekali tu di salah sebuah foot spa di hotel di Bangkok.


Ok korang. Jumpa lagi di next entry! 










Tuesday, 22 April 2014

Petua: Rahsia selipar getah

Bismillah.... 






 Ada apa dengan selipar getah atau selipar jepun?


 Alkisah si Balqis jatuh tersadung di rumah atuk sedara dia dan biasalah nangis berfrekuensi tinggi. Pakkal je tingkap tak pecah ye nak oi. Lantas atuk sedara aku laju je ambil selipar getah terus dia tepukkan sikit kat dahi Balqis yang aku rasa confirm akan benjol sebab jatuh tadi. Aku macam pelik macam eh dah kenapa tepuk dengan slow kepala anak aku tadi. 


Rupanya petua dulu-dulu kalau nak elak benjol, haa lepas terhantuk atau jatuh terus je tepukkan sikit dengan selipar getah. Terus tak jadi atau kecik jela benjol tu. 


Aku yang tadi was was macam tak percaya je kan. Iyelah. Macam tak logik akal gitu. Sampai ke rumah aku duk fikir mana datang logik nya. Tapi ajaibnya, memang benjol sikit jela. Tak over. Haha. Entah. Malas nak fikir mana datang logiknya. Asalkan anak aku tak benjol sudah. Biasanya aku tuam cepat-cepat kalau dia jatuh. Tapi ni dah ada petua baru.. At least berguna juga kan! -.^


Selamat mencuba! 





Tuesday, 15 April 2014

Hidup umpama roda

Bismillah... 

Adat lah hidup sekejap kat atas, sekejap je dah tergolek kat bawah. Tak susah, tak diduga, tak lah namanya hidup. Apa kita boleh buat? Be strong. 


Minta Allah kuatkan hati, cekalkan hati. Bukan senang. Bukan mudah. Cuma the best part bila berada kat bawah ni.. Kita boleh hidu bau tar... Busuknya jalan yang ditumpahi dengan air sampah dari lori sampah.. Baru ternampak adanya katak-katak kena lenyek.. Eh. 


Bukan apa, Allah beri peluang kita lihat yang mana elok, yang mana tak elok. Bila senang, semuanya indah. Semuanya baik. Maka, Allah beri kesusahan untuk kita lihat sesuatu, berfikir dan bertindak secara waras. Masa inilah kena keji, kena kutuk.. Dipandang kecil.. Itu untung kalau dipandang, kalau sebelah mata pun orang taknak pandang.. Macam mana tu? 


Don't worry. Allah yang pandang. Allah sayang. Allah nak kita dekat dengan Dia. Minta Allah jaga kita dari fitnah, dari maksiat, dari nafsu yang menggila. Allah uji. Mungkin ujian itu melalui seseorang, mungkin melalui sesuatu situasi.. Apapun ia, semua orang pasti berpusing mengikut putaran roda. Yang di atas, berlemah lembutlah. Walau di atas, tak semua kita lakukan betul. Mungkin ada kalanya pandangan dan nasihat seseorang boleh buat kita lebih lama di atas. Jadi, tak salah untuk terima teguran dan pandangan. Di atas ke kita, di bawah ke kita, hormat. Hormat sesama kita. Bukankah kita hidup ni saling memerlukan. Abang perlukan adik, adik perlukan abang, ayah perlukan anak, anak perlukan ibu, kawan perlukan kawan.. Even ikan pun perlukan plankton. Semua saling bergantung. Berhati-hati dalam pertuturan, perbuatan. Kerana tiada sesiapa berkeinginan untuk terus di bawah. Let's help each other. Buang ego. Buang sikap condemn. Buang sikap mengungkit. 


Lapangkan dada. Berfikir dengan matang. 






Good night korang. Mimpi yang manis-manis hendaknya. Adui skema pulak ayat tengah malam ni. Ahahaha. 

Monday, 14 April 2014

Maruku!

Bismillah...  








Budak ni hantu maruku la sangat. Padahal gigi baru 8 batang je. Nak sikit.. Pergi minta dia ye uols. -..-'

Tuesday, 8 April 2014

I love my job, i love ayah!

Bismillah... 


Whooaaa rindu betul dengan belog ni. Alkisah ayah tak berapa sihat dan aku yang paling available di kala bekerja sendiri ni kan. So alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa takkan berpatah balik kecuali ngelat pusingkan jam balik ke belakang. Ye tak? Hehe. 



Banyak sebab yang buat aku akan sentiasa jaga kedua ibubapa aku. Ayah? Hmm.. 



Teringat masa aku kecik dan "sengaja" tidur depan tv dengan harapan kena angkat. Best wooo kena angkat masuk bilik. Walau kadang-kadang aku tak tidur pun, aku akan pura-pura pejam mata. Dan... Yay!! Memang kena dukung punya lah! Hikhik. 



Ayah ajar aku capai target walau kadang-kadang aku rasa dia lupa dia ajar aku benda macam ni. Lebih-lebih lagi bila aku makin besar. Aku suspek ayah aku confirm takut aku terkucil di kala dalam perjalanan nak capai target yang aku nak sangat capai. Al-maklumla sejak dah jadi ibu ni... Perasaan sayang, bimbang, risau kat anak kemaen. Wooo sangatlah magical perasaan itu. Anak jatuh lebam calar balar pun dah buat hati aku tertusuk tebu tajam gitu. Tapi aku tahu, selagi tak jatuh segala, selagi itulah anak aku tak pandai, tak menghargai, tak belajar. 




Antara yang simple ayah aku ajar... Masa kecik kan macam susah nak habiskan air segelas. So ayah akan letak jari telunjuk dia kat takat tertentu. So aku kena sedut air sampai melepasi takat jari telunjuk dia tu. Aku sedut punya sedut sampai lah air tu habis!!! Tak sedar! Sebab aku FOKUS untuk minum air sampai target ayah aku bagi. Target dan Fokus.



Tatkala aku menang pertandingan apa-apa, ayah lah paling bersorak. Kadang aku bukan nak sangat join sesuatu, tapi bila fikir ayah suka... Memang aku buat betul-betul sebab nak tengok dia senyum, ketawa.. Happy. The feeling tu memang maa shaa Allah. Indah. Ok dah start sebak.



Taknak lah sambung cerita lagi. Lain kali pulak. Cuma aku berharap ayah cepat sembuh. Cepat sihat. Hari-hari aku bancuh shake bagi dia minum. Salah satu altenatif nak bagi sel cepat recover. In shaa Allah. Berusaha selagi boleh, konsisten dengan doa.


May Allah bless.