Tuesday, 15 April 2014

Hidup umpama roda

Bismillah... 

Adat lah hidup sekejap kat atas, sekejap je dah tergolek kat bawah. Tak susah, tak diduga, tak lah namanya hidup. Apa kita boleh buat? Be strong. 


Minta Allah kuatkan hati, cekalkan hati. Bukan senang. Bukan mudah. Cuma the best part bila berada kat bawah ni.. Kita boleh hidu bau tar... Busuknya jalan yang ditumpahi dengan air sampah dari lori sampah.. Baru ternampak adanya katak-katak kena lenyek.. Eh. 


Bukan apa, Allah beri peluang kita lihat yang mana elok, yang mana tak elok. Bila senang, semuanya indah. Semuanya baik. Maka, Allah beri kesusahan untuk kita lihat sesuatu, berfikir dan bertindak secara waras. Masa inilah kena keji, kena kutuk.. Dipandang kecil.. Itu untung kalau dipandang, kalau sebelah mata pun orang taknak pandang.. Macam mana tu? 


Don't worry. Allah yang pandang. Allah sayang. Allah nak kita dekat dengan Dia. Minta Allah jaga kita dari fitnah, dari maksiat, dari nafsu yang menggila. Allah uji. Mungkin ujian itu melalui seseorang, mungkin melalui sesuatu situasi.. Apapun ia, semua orang pasti berpusing mengikut putaran roda. Yang di atas, berlemah lembutlah. Walau di atas, tak semua kita lakukan betul. Mungkin ada kalanya pandangan dan nasihat seseorang boleh buat kita lebih lama di atas. Jadi, tak salah untuk terima teguran dan pandangan. Di atas ke kita, di bawah ke kita, hormat. Hormat sesama kita. Bukankah kita hidup ni saling memerlukan. Abang perlukan adik, adik perlukan abang, ayah perlukan anak, anak perlukan ibu, kawan perlukan kawan.. Even ikan pun perlukan plankton. Semua saling bergantung. Berhati-hati dalam pertuturan, perbuatan. Kerana tiada sesiapa berkeinginan untuk terus di bawah. Let's help each other. Buang ego. Buang sikap condemn. Buang sikap mengungkit. 


Lapangkan dada. Berfikir dengan matang. 






Good night korang. Mimpi yang manis-manis hendaknya. Adui skema pulak ayat tengah malam ni. Ahahaha. 

2 comments:

Junkyo No Hikari said...

tulah kehidupan kan.. kadang kat atas.. kadang kat bawah..
semua tuh ujian.. dan mungkin perancangan terbaik Allah...

bersangka baik padaNya...
so true Allah selalu sayangkan hambaNya... cuma kita.. ya cuma kita saja lupa kan kasih sayangNya... TT^TT menangis lah pulak... huhu...

yups semua saling bergantung.. who are we without everthing around us.. most important who are we without Allah.. :D

bak kata orang kerana lidah badan binasa... makin tajam mulut orang tuh, makin susah kehiduoannya TT^TT

biasalah lidah tu tajam seperti bilah pedang...
tapi kena jaga kan :D

thanks atas peringatan ^__^ nice entry... :D

mimie farid said...

Thanks sayang. Be strong k. *hugs* dah takmo nangis-nangis k. Roda kan sentiasa berpusing. ^_- fighting!