Tuesday, 8 April 2014

I love my job, i love ayah!

Bismillah... 


Whooaaa rindu betul dengan belog ni. Alkisah ayah tak berapa sihat dan aku yang paling available di kala bekerja sendiri ni kan. So alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa takkan berpatah balik kecuali ngelat pusingkan jam balik ke belakang. Ye tak? Hehe. 



Banyak sebab yang buat aku akan sentiasa jaga kedua ibubapa aku. Ayah? Hmm.. 



Teringat masa aku kecik dan "sengaja" tidur depan tv dengan harapan kena angkat. Best wooo kena angkat masuk bilik. Walau kadang-kadang aku tak tidur pun, aku akan pura-pura pejam mata. Dan... Yay!! Memang kena dukung punya lah! Hikhik. 



Ayah ajar aku capai target walau kadang-kadang aku rasa dia lupa dia ajar aku benda macam ni. Lebih-lebih lagi bila aku makin besar. Aku suspek ayah aku confirm takut aku terkucil di kala dalam perjalanan nak capai target yang aku nak sangat capai. Al-maklumla sejak dah jadi ibu ni... Perasaan sayang, bimbang, risau kat anak kemaen. Wooo sangatlah magical perasaan itu. Anak jatuh lebam calar balar pun dah buat hati aku tertusuk tebu tajam gitu. Tapi aku tahu, selagi tak jatuh segala, selagi itulah anak aku tak pandai, tak menghargai, tak belajar. 




Antara yang simple ayah aku ajar... Masa kecik kan macam susah nak habiskan air segelas. So ayah akan letak jari telunjuk dia kat takat tertentu. So aku kena sedut air sampai melepasi takat jari telunjuk dia tu. Aku sedut punya sedut sampai lah air tu habis!!! Tak sedar! Sebab aku FOKUS untuk minum air sampai target ayah aku bagi. Target dan Fokus.



Tatkala aku menang pertandingan apa-apa, ayah lah paling bersorak. Kadang aku bukan nak sangat join sesuatu, tapi bila fikir ayah suka... Memang aku buat betul-betul sebab nak tengok dia senyum, ketawa.. Happy. The feeling tu memang maa shaa Allah. Indah. Ok dah start sebak.



Taknak lah sambung cerita lagi. Lain kali pulak. Cuma aku berharap ayah cepat sembuh. Cepat sihat. Hari-hari aku bancuh shake bagi dia minum. Salah satu altenatif nak bagi sel cepat recover. In shaa Allah. Berusaha selagi boleh, konsisten dengan doa.


May Allah bless.












1 comment:

Aisyah Az said...

ecah pun sama.. ayah yang banyak bagi support. datang skolah waktu anugerah, hal sek smua beliau uruskan. pasal angkat masuk bilik tu pun sama, hehe. pura2 tido =p