Tuesday, 22 April 2014

Petua: Rahsia selipar getah

Bismillah.... 






 Ada apa dengan selipar getah atau selipar jepun?


 Alkisah si Balqis jatuh tersadung di rumah atuk sedara dia dan biasalah nangis berfrekuensi tinggi. Pakkal je tingkap tak pecah ye nak oi. Lantas atuk sedara aku laju je ambil selipar getah terus dia tepukkan sikit kat dahi Balqis yang aku rasa confirm akan benjol sebab jatuh tadi. Aku macam pelik macam eh dah kenapa tepuk dengan slow kepala anak aku tadi. 


Rupanya petua dulu-dulu kalau nak elak benjol, haa lepas terhantuk atau jatuh terus je tepukkan sikit dengan selipar getah. Terus tak jadi atau kecik jela benjol tu. 


Aku yang tadi was was macam tak percaya je kan. Iyelah. Macam tak logik akal gitu. Sampai ke rumah aku duk fikir mana datang logik nya. Tapi ajaibnya, memang benjol sikit jela. Tak over. Haha. Entah. Malas nak fikir mana datang logiknya. Asalkan anak aku tak benjol sudah. Biasanya aku tuam cepat-cepat kalau dia jatuh. Tapi ni dah ada petua baru.. At least berguna juga kan! -.^


Selamat mencuba! 





1 comment:

Junkyo No Hikari said...

ye ke? ahaha mcm2 betul petua..
nasib baik tak benjol bengkak lega alhamdulillah dengar :D

btw kereta herbalife XDD
ahaha