Wednesday, 14 May 2014

Akhirnya!

Bismillah... 






Rasa nak lempang je muka si ibu tu. -..-' heheh. Dedua muka sama je bacin. 


Actually nak share, entry sebelum ni pernah aku keliru mengenai panggilan dari anak kepada si ibu. Maklumla pengalaman pertama kali jadi ibu.. Aku nak anak aku panggil ibu, tapi Balqis asyik panggil mama atau mummy. So keliru samada nak ikut apa yang dia panggil atau terus ajar dia panggil ibu. 


Dan akhirnya, sekarang dia panggil aku ibu! Yeay! 


Jadi untuk bakal ibu luar sana, banyak perkara baru akan terjadi selepas si kecil lahir. Even panggilan pun boleh jadi confuse camni. Heheh. Cuma kita perlu bersedia dan corakkan yang terbaik untuk si anak. Jangan mudah mengalah. We are fighter right? 


Amboi kan. Bersemangat kemaen. Biasalah happy dengar anak panggil dengan gelaran yang dah lama ditunggu. 


Rasanya masih tak terlewat nak wish happy mother's day to all supermoms yang membaca blog ni. :)


See ya! 


Superheroes

Bismillah...







Aduh sakitnya penangan penukul dia ni. Demi anak, ayah akan selamatkan Balqis dari sini! 






Larilah Balqis. Ibu sanggup dicengkam makhluk hijau ini. 






Oh nasib baik askar aku datang. Kita selamat! Weeehooo! 


Eceh! Drama sangatkan. Heheh. 


By the way, kalau nak merasa pengalaman dengan superheroes ni.. 
Korang boleh ke Jonker Walk di Melaka. Aku tak ingat pulak nama kedai ni apa tapi dah jejalan kat situ, korang akan perasan salah satu kedai iaitu kedai superheroes ni lah. 


Tiket untuk dewasa RM 10 per person. 
Yang besar macam Balqis ni.. Free ajelah. 


Busy betul asyik tergendala nak update blog ni. Akan update lagi. Stay tunes ok. :) 





Wednesday, 7 May 2014

Johor Premium Outlet (JPO)

Bismillah...









Uish cantik! Thank you Mr Google for this beauty picture. Siapa tahu tempat ni angkat kening sekarang! Hehehe. So inilah Johor Premium Outlet (JPO) atau nama manja yang MIL aku panggil "olet". 







"Mie, jom pergi olet" haaaaa ajak pergi JPO la tu maknanya. -.^


Untuk yang tak pernah menjejakkan hujung ibu jari kaki di sini, JPO ni korang boleh nampak di sebelah kiri melalui lebuhraya PLUS menuju ke Johor Bahru. Area Kulai. 






Budak tu pun aku shopping sekali kat JPO.. Tapi tak dapat plastik bag pulak -..-



Apa ada kat JPO? Haaa kat sini bersusun butik-butik branded macam Furla, Coach, Michael Kors, Burberry dan banyak lagi lah. Best sangat kalau ada sale. Kalau takde sale, berkerut gak dahi nak mencedok barang satu dua culik bawa balik rumah. Tehehe. Agak belum cukup duit, jalan jalan cuci matalah nampak gayanya. Balik rumah buat dream board barang idaman. Lepas tu apalagi, fight for it laaaaa. -.^







Agak-agak dah lapar penat kaki pusing se JPO, berehatlah mengenyangkan perut di Food Court. Selain Food Court ada lagi tempat makan lain korang boleh lepak. Ikutlah pilihan di hati ye. Aku pilih menu K-pop kalini. Muahaha. 



So korang-korang semua... Datang Johor Bahru masukkan dalam list korang ye shopping kat JPO ni. 



Bye bye!