Wednesday, 7 May 2014

Johor Premium Outlet (JPO)

Bismillah...









Uish cantik! Thank you Mr Google for this beauty picture. Siapa tahu tempat ni angkat kening sekarang! Hehehe. So inilah Johor Premium Outlet (JPO) atau nama manja yang MIL aku panggil "olet". 







"Mie, jom pergi olet" haaaaa ajak pergi JPO la tu maknanya. -.^


Untuk yang tak pernah menjejakkan hujung ibu jari kaki di sini, JPO ni korang boleh nampak di sebelah kiri melalui lebuhraya PLUS menuju ke Johor Bahru. Area Kulai. 






Budak tu pun aku shopping sekali kat JPO.. Tapi tak dapat plastik bag pulak -..-



Apa ada kat JPO? Haaa kat sini bersusun butik-butik branded macam Furla, Coach, Michael Kors, Burberry dan banyak lagi lah. Best sangat kalau ada sale. Kalau takde sale, berkerut gak dahi nak mencedok barang satu dua culik bawa balik rumah. Tehehe. Agak belum cukup duit, jalan jalan cuci matalah nampak gayanya. Balik rumah buat dream board barang idaman. Lepas tu apalagi, fight for it laaaaa. -.^







Agak-agak dah lapar penat kaki pusing se JPO, berehatlah mengenyangkan perut di Food Court. Selain Food Court ada lagi tempat makan lain korang boleh lepak. Ikutlah pilihan di hati ye. Aku pilih menu K-pop kalini. Muahaha. 



So korang-korang semua... Datang Johor Bahru masukkan dalam list korang ye shopping kat JPO ni. 



Bye bye! 

1 comment:

NARDtheNERD said...

1540hrs

bestnya.. kite tak pernah pergi lagi.. :)